{"id":6936,"date":"2026-01-23T07:50:49","date_gmt":"2026-01-23T07:50:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6936"},"modified":"2026-01-23T07:50:49","modified_gmt":"2026-01-23T07:50:49","slug":"10-ajaran-sesat-masih-aktif-jakim-tingkat-pemantauan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/10-ajaran-sesat-masih-aktif-jakim-tingkat-pemantauan\/","title":{"rendered":"10 ajaran sesat masih aktif, JAKIM tingkat pemantauan"},"content":{"rendered":"<p>Sekurang-kurangnya 10 ajaran sesat dikenal pasti masih aktif dan berada dalam radar pemantauan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk yang mempunyai kaitan serta pengaruh dari luar negara.<\/p>\n<p>Perkara itu mengesahkan ancaman fahaman songsang masih wujud dan terus berevolusi mengikut peredaran masa.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah JAKIM, Sirajuddin Suhaimee berkata, semua ajaran berkenaan dikesan beroperasi dalam negara dan dipantau secara berterusan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri.<\/p>\n<p>Menurutnya, ada kumpulan yang turut bergerak di luar Malaysia, sekali gus menyukarkan usaha pengesanan awal.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan maklumat terkini, sekitar 10 ajaran sesat dikenal pasti aktif ketika ini. Semuanya berada dalam negara dan ada yang mempunyai rangkaian di luar,\u201d katanya dipetik laporan Sinar Harian.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, kebanyakan ajaran sesat lazimnya bermula di kawasan luar bandar sebelum menyusup masuk ke bandar untuk menarik lebih ramai pengikut.<\/p>\n<p>Corak pergerakan itu juga tidak terikat dengan sempadan negeri kerana kumpulan terbabit akan beroperasi di lokasi yang dirasakan selamat.<\/p>\n<p>\u201cAjaran ini bergerak secara senyap. Kadang-kadang amalan mereka nampak hampir sama dengan arus perdana, sebab itu proses pembuktian menjadi mencabar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sirajuddin berkata, antara punca utama masyarakat mudah terpengaruh ialah keinginan mencapai tahap kerohanian tertentu secara cepat tanpa melalui proses pembelajaran agama yang betul. \u201cAda yang mahu \u2018jalan pintas\u2019 untuk sampai ke tahap lebih tinggi, di situlah mereka mudah terjebak,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan cabaran terkini apabila ajaran sesat tampil dalam bentuk lebih moden seperti program motivasi, pembangunan diri dan modul kerohanian.<\/p>\n<p>\u201cLuarnya nampak positif, tapi kandungannya membawa fahaman yang menyeleweng. Ini memang dalam perhatian kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas pendekatan JAKIM, beliau menegaskan tindakan tegas semata-mata bukan penyelesaian mutlak.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan keras kadang-kadang membawa penolakan. Apa yang kita tekankan ialah mencegah, membetulkan yang terpesong dan mengelakkan orang ramai daripada terikut ajaran bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan pandangan agama di media sosial.<\/p>\n<p>\u201cBukan semua yang tular itu betul. Jika ragu, rujuk kepada JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, JAKIM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memantau kandungan digital mencurigakan.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama semua pihak penting untuk menyekat fahaman songsang dan memastikan maklumat yang sahih sampai kepada masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekurang-kurangnya 10 ajaran sesat dikenal pasti masih aktif dan berada dalam radar pemantauan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk yang mempunyai kaitan serta pengaruh dari luar negara. Perkara itu mengesahkan ancaman fahaman songsang masih wujud dan terus berevolusi mengikut peredaran masa. Ketua Pengarah JAKIM, Sirajuddin Suhaimee berkata, semua ajaran berkenaan dikesan beroperasi dalam negara dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6937,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2867,610,2265,2983],"authors":[],"class_list":["post-6936","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ajaran-sesat","tag-islam","tag-jakim","tag-sirajuddin-suhaimee"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6936","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6936"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6936\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6938,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6936\/revisions\/6938"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6937"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6936"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6936"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6936"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6936"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}