{"id":6949,"date":"2026-01-23T08:33:06","date_gmt":"2026-01-23T08:33:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6949"},"modified":"2026-01-23T08:33:06","modified_gmt":"2026-01-23T08:33:06","slug":"x-ambil-langkah-tingkat-keselamatan-beri-kerjasama-baik-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/x-ambil-langkah-tingkat-keselamatan-beri-kerjasama-baik-fahmi\/","title":{"rendered":"X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengesahkan isu penyalahgunaan kecerdasan buatan Grok di platform media sosial X yang dikaitkan dengan penghasilan kandungan lucah telah ditangani, susulan tindakan pembetulan yang diambil oleh pihak platform berkenaan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata telah mengadakan pertemuan dengan wakil X dua hari lalu, sebelum platform itu mengemukakan dokumentasi rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesahkan langkah keselamatan yang telah dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cSelepas MCMC meneliti dokumentasi tersebut, beberapa penambahbaikan dari segi keselamatan penggunaan aplikasi itu disahkan berfungsi. Apa yang dibangkitkan oleh orang awam sebelum ini tidak lagi berlaku,\u201d katanya dalam sidang media mingguan hari ini.<\/p>\n<p>Isu berkaitan Grok sebelum ini mencetuskan kebimbangan apabila pengguna mendakwa teknologi AI itu digunakan untuk menyunting dan menghasilkan kandungan berunsur lucah, yang kemudiannya tersebar luas dalam talian.<\/p>\n<p>Aduan awam mendorong MCMC memanggil pihak X untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan susulan.<\/p>\n<p>Fahmi turut menjelaskan MCMC melaksanakan tanggungjawab pengawalseliaan berdasarkan dua undang-undang utama iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan juga sedang meneliti semula nilai ambang lapan juta pengguna bagi pemakaian Kod Amalan Keselamatan Dalam Talian (ONSA) ke atas platform media sosial.<\/p>\n<p>\u201cKetika ini jumlah pengguna X di Malaysia adalah kurang daripada lapan juta, jadi ONSA belum terpakai.<\/p>\n<p>\u201cNamun kita dapati kemudaratan dalam talian boleh bermula di satu platform dan tersebar ke tempat lain. Sebab itu kita lihat ada keperluan untuk menilai semula ambang ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, sekiranya ONSA diperluaskan kepada platform seperti X pada masa hadapan, tindakan lebih tegas termasuk penalti kewangan boleh dikenakan jika berlaku pelanggaran, berbanding sekatan di bawah akta sedia ada.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Fahmi menyambut baik sikap X yang bekerjasama dengan pihak berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cPihak X bersedia hadir, berbincang dan menunjukkan komitmen untuk mematuhi undang-undang negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya hubungan kerja antara kerajaan, khususnya MCMC, dan platform seperti X akan terus bertambah baik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengesahkan isu penyalahgunaan kecerdasan buatan Grok di platform media sosial X yang dikaitkan dengan penghasilan kandungan lucah telah ditangani, susulan tindakan pembetulan yang diambil oleh pihak platform berkenaan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata telah mengadakan pertemuan dengan wakil X dua hari lalu, sebelum platform itu mengemukakan dokumentasi rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6950,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2881,49,2882,184,16,205,452,2223],"authors":[],"class_list":["post-6949","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aplikasi","tag-fahmi-fadzil","tag-grok","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-menteri","tag-sekatan","tag-x"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6949","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6949"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6949\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6951,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6949\/revisions\/6951"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6950"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6949"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6949"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6949"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6949"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}