{"id":6961,"date":"2026-01-23T12:48:30","date_gmt":"2026-01-23T12:48:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6961"},"modified":"2026-01-23T12:48:30","modified_gmt":"2026-01-23T12:48:30","slug":"ruu-psb-perlu-dibaiki-demi-hak-penduduk-umno-tak-tolak-pembangunan-asyraf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ruu-psb-perlu-dibaiki-demi-hak-penduduk-umno-tak-tolak-pembangunan-asyraf\/","title":{"rendered":"RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf"},"content":{"rendered":"<p>UMNO menegaskan parti itu tidak pernah menolak pembangunan bandar, namun Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) 2025 perlu ditambah baik secara menyeluruh sebelum dibentangkan semula di Parlimen.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik RUU berkenaan adalah langkah tepat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen dan masyarakat awam.<\/p>\n<p>\u201cUMNO konsisten dengan pendirian menyokong pembangunan bandar, tetapi RUU PSB ini mesti diperbaiki supaya tidak menzalimi rakyat, khususnya pemilik dan penduduk asal kawasan terlibat,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, UMNO melalui Jawatankuasa Khas mengenai PSB telah mengadakan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen PSB dan meluluskan 14 cadangan penambahbaikan terhadap rang undang-undang itu pada Oktober lalu.<\/p>\n<p>Cadangan tersebut bertujuan menutup kelompongan dan kelemahan yang dibimbangi boleh memberi kesan negatif kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cAntara perkara utama ialah memastikan pemaju benar-benar berwibawa, pampasan yang adil kepada penduduk, nilai ambang persetujuan yang munasabah serta ketelusan penuh berkaitan insentif kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Jemaah Menteri bersetuju supaya RUU PSB 2025 ditarik balik untuk ditambah baik sebelum dibentangkan semula.<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk UMNO.<\/p>\n<p>Isu RUU PSB mendapat perhatian ramai susulan kebimbangan ia boleh membuka ruang kepada pembangunan yang tidak seimbang, seperti yang berlaku di Kampung Sungai Baru apabila penduduk diarahkan berpindah tetapi projek perumahan baharu masih gagal disiapkan walaupun selepas bertahun-tahun.<\/p>\n<p>UMNO sebelum ini turut menggesa supaya RUU itu tidak diteruskan sehingga digubal semula dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.<\/p>\n<p>Konvensyen PSB juga mencadangkan kajian menyeluruh serta pindaan bersepadu terhadap undang-undang sedia ada sementara menunggu rang undang-undang baharu yang lebih adil dan telus.<\/p>\n<p>UMNO menegaskan, pembangunan sepatutnya membawa manfaat kepada rakyat, bukan menambah beban atau ketidakpastian terhadap masa depan mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO menegaskan parti itu tidak pernah menolak pembangunan bandar, namun Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) 2025 perlu ditambah baik secara menyeluruh sebelum dibentangkan semula di Parlimen. Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik RUU berkenaan adalah langkah tepat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1639,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1805,634,63,1439,310,146],"authors":[],"class_list":["post-6961","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-pembaharuan-bandar","tag-asyraf-wajdi","tag-dap","tag-psb","tag-ruu","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6961","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6961"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6961\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6962,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6961\/revisions\/6962"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6961"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6961"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6961"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6961"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}