{"id":6987,"date":"2026-01-24T11:42:11","date_gmt":"2026-01-24T11:42:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6987"},"modified":"2026-01-24T11:42:11","modified_gmt":"2026-01-24T11:42:11","slug":"sultan-pahang-tegur-salah-guna-kuasa-di-sebalik-baju-seragam-dan-institusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sultan-pahang-tegur-salah-guna-kuasa-di-sebalik-baju-seragam-dan-institusi\/","title":{"rendered":"Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi"},"content":{"rendered":"<p>Sultan Pahang menzahirkan kebimbangan terhadap segelintir pihak yang berselindung di sebalik seragam dan institusi, namun gagal menjunjung integriti serta amanah, sekali gus mengkhianati masa depan negara.<\/p>\n<p>Dalam titah baginda, Sultan Abdullah menegaskan penyalahgunaan kuasa bukan sekadar kesalahan pentadbiran, sebaliknya satu bentuk \u201ckejahatan berjawatan\u201d yang merosakkan asas negara.<\/p>\n<p>\u201cMaruah bangsa tidak diukur oleh ketinggian bangunan atau angka dalam akaun, tetapi nilai yang kita pertahankan ketika berdepan godaan kuasa,\u201d titah baginda ketika merasmikan Program Wacana Belia Diraja 2026 bertemakan Amanah Belia: Membina Masa Depan Pahang Berdaulat di Kuantan hari ini.<\/p>\n<p>Baginda turut menyentuh fenomena individu berjawatan yang mencemarkan nama institusi.<\/p>\n<p>\u201cHari ini, ada yang memakai seragam, memegang kuasa dan membawa nama institusi, namun tangan kotor dan hati mati. Mereka bukan sekadar merosakkan imej organisasi, mereka mencuri masa depan anak bangsa,\u201d titah baginda lagi.<\/p>\n<p>Menurut baginda, rasuah dan kekayaan haram tidak boleh dinormalisasikan atas apa jua alasan.<\/p>\n<p>\u201cRasuah itu bukan rezeki, ia najis. Penyalahgunaan kuasa itu bukan kebijaksanaan, ia racun,\u201d titah baginda, sambil mengingatkan bahawa negara memerlukan lebih ramai insan yang berani mempertahankan kebenaran, bukan sekadar bijak berkata-kata.<\/p>\n<p>Mengulas peranan belia, Sultan Abdullah menyeru generasi muda supaya bangkit memutuskan rantaian budaya kotor dan menjadi kelompok yang tidak mudah diugut atau dibeli.<\/p>\n<p>\u201cJika kamu diberi kuasa dan menjadi angkuh, kamu telah gagal. Jangan wariskan kepada anak cucu negara yang megah pada bangunan, tetapi busuk pada asas,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, baginda turut memberi peringatan tegas berhubung isu pemberian taraf penduduk tetap dan kewarganegaraan.<\/p>\n<p>Menurut baginda, perkara itu menyentuh kedaulatan negara dan tidak boleh dipandang ringan.<\/p>\n<p>\u201cKewarganegaraan bukan sekeping dokumen, ia adalah ikrar kesetiaan kepada raja dan negara. Ketegasan dalam perkara ini bukan kezaliman, tetapi benteng kedaulatan,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Program wacana berkenaan dianjurkan Majlis Belia Malaysia sebagai platform dialog belia dan kepimpinan, dengan kehadiran Tengku Mahkota Pahang serta wakil kerajaan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sultan Pahang menzahirkan kebimbangan terhadap segelintir pihak yang berselindung di sebalik seragam dan institusi, namun gagal menjunjung integriti serta amanah, sekali gus mengkhianati masa depan negara. Dalam titah baginda, Sultan Abdullah menegaskan penyalahgunaan kuasa bukan sekadar kesalahan pentadbiran, sebaliknya satu bentuk \u201ckejahatan berjawatan\u201d yang merosakkan asas negara. \u201cMaruah bangsa tidak diukur oleh ketinggian bangunan atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5667,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[24,2998,21,2584,2997],"authors":[],"class_list":["post-6987","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-rasuah","tag-salah-guna-kuasa","tag-sprm","tag-sultan-abdullah","tag-sultan-pahang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6987","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6987"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6987\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6988,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6987\/revisions\/6988"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5667"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6987"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6987"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6987"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6987"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}