{"id":7012,"date":"2026-01-26T04:14:17","date_gmt":"2026-01-26T04:14:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7012"},"modified":"2026-01-26T04:14:42","modified_gmt":"2026-01-26T04:14:42","slug":"pmx-bersyukur-prestasi-ringgit-cecah-paras-tertinggi-sejak-2018","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-bersyukur-prestasi-ringgit-cecah-paras-tertinggi-sejak-2018\/","title":{"rendered":"PMX bersyukur prestasi ringgit cecah paras tertinggi sejak 2018"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur apabila nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah,\u201d katanya ringkas ketika diminta mengulas prestasi mata wang negara itu oleh pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara hari ini.<\/p>\n<p>Ringgit dibuka lebih kukuh pada sesi dagangan pagi, mencecah paras 3.9850\/9950 berbanding dolar AS sekitar jam 8 pagi, meneruskan momentum positif daripada paras penutup 4.0045\/0080 pada Jumaat lalu.<\/p>\n<p>Kali terakhir ringgit berada pada paras hampir sama adalah pada 24 Mei 2018, ketika diniagakan pada 3.9797 berbanding dolar AS.<\/p>\n<p>Pengukuhan berterusan itu didorong beberapa faktor utama, termasuk keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman, selain kelemahan Indeks Dolar AS di peringkat global.<\/p>\n<p>Penganalisis melihat perkembangan ini sebagai petunjuk keyakinan pasaran terhadap kestabilan ekonomi Malaysia.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa prestasi ringgit mencerminkan keberkesanan dasar ekonomi kerajaan, kestabilan politik serta peningkatan keyakinan pelabur asing dan domestik.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pengukuhan mata wang bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pendekatan tadbir urus yang lebih telus dan berdisiplin.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah kesan daripada usaha berterusan kerajaan memastikan keamanan negara, pentadbiran yang cekap serta pendirian tegas dalam memerangi rasuah dan penyelewengan,\u201d katanya dalam kenyataan terdahulu.<\/p>\n<p>Rnggit sebelum ini berdepan tekanan susulan ketidaktentuan ekonomi global, kenaikan kadar faedah di AS dan sentimen pelabur yang berhati-hati.<\/p>\n<p>Namun, beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan pemulihan beransur-ansur, sejajar dengan prestasi ekonomi domestik yang lebih stabil dan aliran masuk pelaburan yang positif.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur apabila nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun. \u201cAlhamdulillah,\u201d katanya ringkas ketika diminta mengulas prestasi mata wang negara itu oleh pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara hari ini. Ringgit dibuka lebih kukuh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,68,18,394,279],"authors":[],"class_list":["post-7012","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-pmx","tag-ringgit","tag-tertinggi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7013,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7012\/revisions\/7013"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7012"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}