{"id":7022,"date":"2026-01-26T06:12:57","date_gmt":"2026-01-26T06:12:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7022"},"modified":"2026-01-26T06:12:57","modified_gmt":"2026-01-26T06:12:57","slug":"selangor-tangguh-projek-ternak-babi-di-bukit-tagar-amiruddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/selangor-tangguh-projek-ternak-babi-di-bukit-tagar-amiruddin\/","title":{"rendered":"Selangor tangguh projek ternak babi di Bukit Tagar: Amiruddin"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menangguhkan sementara projek penternakan babi berpusat di Bukit Tagar susulan bantahan dan kebimbangan masyarakat setempat, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat bagi meredakan keresahan awam sementara kerajaan negeri menilai semula cadangan lokasi dan pendekatan yang lebih sesuai.<\/p>\n<p>Menurut Amirudin, isu berkenaan menjadi semakin hangat selepas timbul salah faham dan persepsi bahawa projek tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri menghubungi saya ketika saya berada di luar negara. Isu ini sudah melangkaui fakta sebenar, jadi kita ambil langkah untuk tangguh dan batalkan sementara sehingga ada pilihan tapak atau kaedah lain yang lebih sesuai,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengarahkan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, untuk mencari kawasan alternatif bagi projek itu.<\/p>\n<p>Arahan tersebut dibuat selepas melihat bantahan keras masyarakat serta mengambil kira pandangan Perdana Menteri yang mencadangkan supaya projek itu ditangguhkan atau dipindahkan.<\/p>\n<p>Amirudin menjelaskan bahawa projek berkenaan sebenarnya masih di peringkat awal dan belum mendapat kelulusan rasmi.<\/p>\n<p>Namun, tanggapan ia akan dilaksanakan segera telah mencetuskan kekeliruan.<\/p>\n<p>\u201cIni isu yang jadi pramatang. Proses libat urus dengan komuniti, penilaian impak sosial dan alam sekitar sepatutnya dibuat terlebih dahulu. Kita akui mungkin ada pengumuman yang mendahului proses,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menepis dakwaan sinis projek itu akan dibangunkan secara besar-besaran atau digelar sebagai \u201chotel babi\u201d.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah merancang projek mega.<\/p>\n<p>\u201cBukan besar-besaran. Anggaran hanya sekitar 20 hingga 30 peratus keperluan. Dakwaan projek mega itu memang berlebihan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Cadangan memindahkan penternakan babi ke Bukit Tagar dikaitkan dengan usaha kerajaan negeri untuk menyusun semula ladang-ladang sedia ada yang berselerak, bagi menangani isu kebersihan dan pencemaran alam sekitar.<\/p>\n<p>Namun, cadangan itu mencetuskan kebimbangan penduduk setempat serta mendapat perhatian Istana Selangor, apabila Sultan Selangor menzahirkan rasa tidak bersetuju dengan perancangan tersebut.<\/p>\n<p>Pada minggu lalu, Perdana Menteri turut mengesyorkan agar projek berkenaan dibatalkan terlebih dahulu atau dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai demi keharmonian masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menangguhkan sementara projek penternakan babi berpusat di Bukit Tagar susulan bantahan dan kebimbangan masyarakat setempat, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Keputusan itu dibuat bagi meredakan keresahan awam sementara kerajaan negeri menilai semula cadangan lokasi dan pendekatan yang lebih sesuai. Menurut Amirudin, isu berkenaan menjadi semakin hangat selepas timbul salah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5162,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[306,2885,2982,408,3005,96],"authors":[],"class_list":["post-7022","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amirudin-shari","tag-babi","tag-bukit-tagar","tag-menteri-besar","tag-projek-ternak","tag-selangor"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7022","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7022"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7022\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7023,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7022\/revisions\/7023"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7022"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7022"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7022"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7022"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}