{"id":7039,"date":"2026-01-27T00:20:43","date_gmt":"2026-01-27T00:20:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7039"},"modified":"2026-01-27T00:20:43","modified_gmt":"2026-01-27T00:20:43","slug":"135-kes-tangkapan-lgbt-direkod-sejak-2022","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/135-kes-tangkapan-lgbt-direkod-sejak-2022\/","title":{"rendered":"135 kes tangkapan LGBT direkod sejak 2022"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 135 kes berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) direkodkan di seluruh negara dalam tempoh empat tahun dari 2022 hingga 2025, berdasarkan statistik tangkapan oleh Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Agama Islam Negeri.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, penguatkuasaan terhadap kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKes sebegini adalah dalam bidang kuasa negeri selaras dengan Butiran 1, Senarai II Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, sepanjang tempoh tersebut, semua negeri merekodkan jumlah keseluruhan 135 tangkapan melibatkan kesalahan berkaitan isu LGBT dalam kalangan orang Islam. K<\/p>\n<p>Kenyataan itu dikemukakan sebagai jawapan lisan kepada soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) di Parlimen yang meminta penjelasan jumlah tangkapan serta tindakan yang diambil sejak 2022.<\/p>\n<p>Menurut Dr Zulkifli, kerajaan memandang serius aspek penguatkuasaan jenayah syariah, bukan hanya tertumpu kepada kes LGBT, malah turut melibatkan kesalahan lain seperti musahaqah, liwat serta lelaki berlagak wanita.<\/p>\n<p>\u201cPenguatkuasaan tidak semata-mata bergantung kepada tangkapan. Individu yang disyaki terbabit tetapi tidak mempunyai bukti mencukupi juga akan diberikan perhatian sewajarnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, pendekatan yang diambil bukan sekadar tindakan undang-undang, sebaliknya turut merangkumi elemen pemulihan.<\/p>\n<p>Ini termasuk pemberian nasihat, sesi kaunseling serta arahan menghadiri kursus kesedaran dan pemulihan bagi membimbing individu terlibat agar memahami ajaran Islam sebenar dan nilai akhlak.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan juga menyalurkan bantuan sokongan lain termasuk peluang latihan, pekerjaan dan keusahawanan supaya mereka dapat membina masa depan yang lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pendekatan menyeluruh ini, menurut beliau, bertujuan memastikan penguatkuasaan syariah dilaksanakan secara berhemah, mendidik dan berfokus kepada pemulihan, selari dengan usaha membina masyarakat yang harmoni.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 135 kes berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) direkodkan di seluruh negara dalam tempoh empat tahun dari 2022 hingga 2025, berdasarkan statistik tangkapan oleh Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Agama Islam Negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, penguatkuasaan terhadap kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6139,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1681,2735,314,953,285,205,3007],"authors":[],"class_list":["post-7039","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agama","tag-dr-zulkifli-hasan","tag-kes","tag-lgbt","tag-madani","tag-menteri","tag-tangkapan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7039","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7039"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7039\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7040,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7039\/revisions\/7040"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6139"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7039"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7039"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7039"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7039"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}