{"id":7041,"date":"2026-01-27T00:26:23","date_gmt":"2026-01-27T00:26:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7041"},"modified":"2026-01-27T00:26:23","modified_gmt":"2026-01-27T00:26:23","slug":"isu-jam-tangan-bekas-panglima-tentera-darat-buat-laporan-polis-terhadap-chegubard","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-jam-tangan-bekas-panglima-tentera-darat-buat-laporan-polis-terhadap-chegubard\/","title":{"rendered":"Isu jam tangan: Bekas Panglima Tentera Darat buat laporan polis terhadap Chegubard"},"content":{"rendered":"<p>Seorang bekas Panglima Tentera Darat, Mohammad Hafizuddeain Jantan tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, berhubung dakwaan jam tangan mewah bernilai ratusan ribu ringgit ketika hadir ke mahkamah baru-baru ini.<\/p>\n<p>Dakwaan yang tular di media sosial itu menyebut Mohammad Hafizuddeain kononnya memakai jam berjenama Patek Philippe, namun dinafikan beliau dan menyifatkannya sebagai tidak benar serta mengelirukan orang ramai.<\/p>\n<p>Peguamnya, Aizul Rohan Anuar berkata jam tangan yang dipakai anak guamnya sebenarnya adalah jam keluaran Angkatan Tentera Malaysia dan bukannya jam mewah seperti yang didakwa.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan yang dibuat oleh Chegubard memang tidak betul. Semasa hadir ke mahkamah, beliau memakai jam tanpa jenama mewah, sebaliknya tertera tulisan \u2018Chief of Army\u2019,\u201d katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menurut Aizul, gambar yang digunakan dalam hantaran tular itu mudah dimanipulasi sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.<\/p>\n<p>\u201cSaya sendiri melihat jam tersebut pada hari pertuduhan. Saya boleh sahkan, itu bukan Patek Philippe,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata Mohammad Hafizuddeain hadir ke IPD Dang Wangi sekitar jam 12.30 tengah hari untuk membuat laporan polis dan keterangannya telah dirakam.<\/p>\n<p>Laporan itu juga melibatkan dakwaan penyebaran maklumat peribadi termasuk akaun perbankan milik anak guamnya.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini serius kerana melibatkan dokumen sulit. Orang awam tidak sepatutnya memiliki atau menyebarkan maklumat seperti ini,\u201d katanya sambil menambah tindakan sivil sedang dipertimbangkan.<\/p>\n<p>Isu ini tercetus ketika Mohammad Hafizuddeain berdepan beberapa pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.<\/p>\n<p>Pada 23 Januari lalu, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan melibatkan RM145,000.<\/p>\n<p>Sehari sebelumnya, beliau turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan melibatkan lebih RM2.12 juta.<\/p>\n<p>Kes ini menjadi perhatian umum kerana beliau merupakan bekas Panglima Tentera Darat pertama yang didakwa di mahkamah berkaitan kes pengubahan wang haram melibatkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang bekas Panglima Tentera Darat, Mohammad Hafizuddeain Jantan tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, berhubung dakwaan jam tangan mewah bernilai ratusan ribu ringgit ketika hadir ke mahkamah baru-baru ini. Dakwaan yang tular di media sosial itu menyebut Mohammad Hafizuddeain kononnya memakai jam berjenama Patek Philippe, namun dinafikan beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7042,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1068,1270,3008,1860,24,21,2818],"authors":[],"class_list":["post-7041","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-chegubard","tag-laporan-polis","tag-mohammad-hafizuddeain-jantan","tag-ptd","tag-rasuah","tag-sprm","tag-tentera-darat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7041","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7041"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7041\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7043,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7041\/revisions\/7043"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7042"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7041"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7041"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7041"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7041"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}