{"id":7056,"date":"2026-01-27T03:59:09","date_gmt":"2026-01-27T03:59:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7056"},"modified":"2026-01-27T03:59:09","modified_gmt":"2026-01-27T03:59:09","slug":"umno-johor-bidas-amanah-isu-tuntutan-kerusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-johor-bidas-amanah-isu-tuntutan-kerusi\/","title":{"rendered":"UMNO Johor bidas Amanah isu tuntutan kerusi"},"content":{"rendered":"<p>UMNO Johor menegaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bukan milik mutlak mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan dan tidak wajar dijadikan bahan tawar-menawar politik secara terbuka.<\/p>\n<p>Setiausaha Perhubungan UMNO Johor, Abdul Halim Suleiman berkata, tindakan Parti Amanah yang terus mengulang tuntutan pembahagian kerusi disertai ugutan pertandingan tiga penjuru hanya mencetuskan ketegangan politik dan menjejaskan fokus kerajaan negeri terhadap rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, kenyataan terbuka Amanah menerusi Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad, jelas menunjukkan keutamaan parti itu lebih kepada perebutan kerusi berbanding khidmat kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSejak tahun lalu hingga hari ini, skripnya sama. Tuntut kerusi melalui media, tekan rakan dalam kerajaan, kemudian ugut pertandingan tiga penjuru. Ini bukan keberanian politik, tetapi obsesi terhadap kuasa,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Abdul Halim turut mengingatkan isu ini bukan baharu, malah pimpinan Amanah Johor sebelum ini pernah menyatakan prinsip penyandang tidak terpakai di negeri itu serta melahirkan rasa tidak puas hati kerana tiada wakil Pakatan Harapan dilantik sebagai Exco Johor.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan sedemikian membuktikan perjuangan mereka lebih berasaskan jawatan, bukan mandat rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, pembahagian kerusi pilihan raya bukan ditentukan melalui tekanan awam, sebaliknya diputuskan oleh kepimpinan tertinggi secara berhemah dan mengambil kira kepentingan rakyat Johor.<\/p>\n<p>\u201cBN mentadbir negeri ini berdasarkan mandat jelas rakyat dalam PRN lalu. Keutamaan kami ialah kestabilan politik, kesinambungan dasar dan pentadbiran yang berkesan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Abdul Halim menegaskan prestasi wakil rakyat sedia ada perlu menjadi ukuran utama, termasuk keupayaan menyelesaikan masalah dan menjaga kebajikan kawasan.<\/p>\n<p>\u201cNasihat kami kepada Amanah, fokuslah kepada kerja dan khidmat, bukan perebutan kuasa. Jangan ganggu kestabilan negeri semata-mata kerana gilakan kerusi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Amanah sebelum ini menuntut rundingan pembahagian kerusi PRN Melaka dan Johor dilakukan secara adil antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.<\/p>\n<p>Khalid berkata, landskap politik semasa menyaksikan kebanyakan kerusi DUN dikuasai BN, justeru rundingan seimbang perlu diadakan selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO Johor menegaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bukan milik mutlak mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan dan tidak wajar dijadikan bahan tawar-menawar politik secara terbuka. Setiausaha Perhubungan UMNO Johor, Abdul Halim Suleiman berkata, tindakan Parti Amanah yang terus mengulang tuntutan pembahagian kerusi disertai ugutan pertandingan tiga penjuru hanya mencetuskan ketegangan politik dan menjejaskan fokus [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6210,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1995,275,409,630,100,192,103,146],"authors":[],"class_list":["post-7056","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-halim-suleiman","tag-amanah","tag-dun","tag-johor","tag-kerusi","tag-melaka","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7056","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7056"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7056\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7057,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7056\/revisions\/7057"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6210"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7056"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7056"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7056"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7056"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}