{"id":7064,"date":"2026-01-27T13:56:18","date_gmt":"2026-01-27T13:56:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7064"},"modified":"2026-01-27T13:56:18","modified_gmt":"2026-01-27T13:56:18","slug":"kj-masih-belum-mohon-kembali-ke-umno-khaled","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kj-masih-belum-mohon-kembali-ke-umno-khaled\/","title":{"rendered":"KJ masih belum mohon kembali ke UMNO: Khaled"},"content":{"rendered":"<p>UMNO setakat ini masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana bekas pemimpin parti, termasuk Khairy Jamaluddin, untuk kembali menyertai UMNO.<\/p>\n<p>Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Mohamed Khaled Nordin, berkata perkara itu kekal sama sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2025, apabila tiada sebarang permohonan diterima untuk dipertimbangkan oleh parti.<\/p>\n<p>\u201cBelum ada lagi permohonan daripada mana-mana,\u201d katanya ringkas ketika ditemui selepas program Projek Jiwa Madani Kementerian Pertahanan 2026 di Masjid An-Najwan, Kampung Cheng, hari ini.<\/p>\n<p>Nama Khairy kembali menjadi bualan politik selepas kehadirannya pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu.<\/p>\n<p>Kehadiran bekas Ahli Parlimen Rembau itu mencetuskan spekulasi bahawa beliau sedang membuka laluan untuk kembali ke dalam UMNO, selepas dipecat daripada parti pada 2024.<\/p>\n<p>Sebelum ini, turut timbul dakwaan Khairy bakal menyertai semula UMNO menjelang hujung tahun lalu dan dikatakan mendapat sokongan pimpinan tertinggi parti, termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Namun sehingga kini, perkara itu masih belum diterjemahkan dalam bentuk permohonan rasmi.<\/p>\n<p>Mengulas peranan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Khaled menjelaskan jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengukuhkan kembali kesatuan dalam UMNO, khususnya melibatkan bekas ahli dan pemimpin yang pernah meninggalkan parti, selain memperkukuh kerjasama politik sesama kelompok Melayu.<\/p>\n<p>\u201cTugas saya adalah menerima dan meneliti sebarang permohonan untuk kembali ke UMNO sebelum mengemukakan syor kepada kepimpinan parti. Saya tidak membuat keputusan muktamad, tetapi menilai dari sudut politik dan kepentingan parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, setiap permohonan perlu ditimbang dengan teliti, terutama membabitkan individu yang pernah meninggalkan atau menentang parti, bagi memastikan langkah penyatuan itu benar-benar mengukuhkan UMNO, bukan sebaliknya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO setakat ini masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana bekas pemimpin parti, termasuk Khairy Jamaluddin, untuk kembali menyertai UMNO. Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Mohamed Khaled Nordin, berkata perkara itu kekal sama sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2025, apabila tiada sebarang permohonan diterima untuk dipertimbangkan oleh parti. \u201cBelum ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[326,401,2252,11,146],"authors":[],"class_list":["post-7064","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-khairy-jamaluddin","tag-khaled-nordin","tag-kj","tag-politik","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7064","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7064"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7064\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7065,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7064\/revisions\/7065"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7064"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7064"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7064"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7064"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}