{"id":7066,"date":"2026-01-27T13:58:41","date_gmt":"2026-01-27T13:58:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7066"},"modified":"2026-01-27T13:58:41","modified_gmt":"2026-01-27T13:58:41","slug":"ekonomi-malaysia-di-landasan-kukuh-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ekonomi-malaysia-di-landasan-kukuh-anwar\/","title":{"rendered":"Ekonomi Malaysia di landasan kukuh: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Prestasi ekonomi Malaysia yang semakin memberangsangkan membuktikan negara ini mempunyai potensi besar untuk terus mara sebagai antara kuasa ekonomi penting di Asia, didorong oleh tenaga kerja berkeupayaan tinggi dan pasaran pekerjaan yang stabil.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan Malaysia berada pada hala tuju yang betul dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh di peringkat serantau, pengukuhan nilai ringgit serta rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.<\/p>\n<p>\u201cSemua angka ini bukan sekadar statistik. Ia penting untuk tingkatkan keyakinan rakyat dan pada masa sama jadi dorongan supaya kita terus baiki kelemahan yang masih ada,\u201d katanya semasa merasmikan Majlis Peluncuran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih di Kampung Sungai Pening, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tiada negara yang sempurna, namun sikap positif dan usaha berterusan adalah kunci membina masa depan negara.<\/p>\n<p>\u201cAda kekurangan, kita baiki. Potensi Malaysia ini memang besar,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar menegaskan kestabilan ekonomi amat penting kerana kelemahan dalam sektor itu boleh membawa kepada masalah lebih besar seperti pengangguran dan kemiskinan.<\/p>\n<p>Walaupun isu kemiskinan masih wujud, katanya, keadaan itu jauh lebih terkawal berbanding sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan MADANI komited untuk menangani kemiskinan tegar secara menyeluruh. Tapi kerajaan tak boleh buat seorang diri. Kerjasama sektor swasta dan rakyat sangat penting,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menekankan keperluan memastikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, berasa dihargai dan mempunyai peranan dalam pembangunan negara.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau mengingatkan di sebalik pembangunan pesat, masih ada kelompok masyarakat yang terpinggir dan memerlukan perhatian segera.<\/p>\n<p>\u201cJangan tunggu rakyat mengadu. Kita kena turun cari masalah dan bantu melalui saluran yang ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyentuh prestasi perdagangan negara yang kini melepasi RM1 trilion, satu pencapaian besar bagi negara yang bukan bersaiz ekonomi gergasi.<\/p>\n<p>\u201cIni hasil kerja keras pekerja, peniaga dan pengusaha. Kita patut bersyukur, tapi jangan selesa. Masih banyak ruang untuk kita jadi lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Prestasi ekonomi Malaysia yang semakin memberangsangkan membuktikan negara ini mempunyai potensi besar untuk terus mara sebagai antara kuasa ekonomi penting di Asia, didorong oleh tenaga kerja berkeupayaan tinggi dan pasaran pekerjaan yang stabil. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan Malaysia berada pada hala tuju yang betul dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,68,285,504,979,18],"authors":[],"class_list":["post-7066","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-ekonomi","tag-madani","tag-pelaburan","tag-pertumbuhan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7066","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7066"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7066\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7067,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7066\/revisions\/7067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7066"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}