{"id":7085,"date":"2026-01-28T02:52:29","date_gmt":"2026-01-28T02:52:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7085"},"modified":"2026-01-28T02:52:29","modified_gmt":"2026-01-28T02:52:29","slug":"saifuddin-maklumat-siasatan-kes-serangan-anak-rafizi-tidak-boleh-didedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saifuddin-maklumat-siasatan-kes-serangan-anak-rafizi-tidak-boleh-didedah\/","title":{"rendered":"Saifuddin: Maklumat siasatan kes serangan anak Rafizi tidak boleh didedah"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan tidak dapat mendedahkan secara terbuka maklumat tertentu berkaitan siasatan dalang serangan terhadap anak Rafizi Ramli kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.<\/p>\n<p>Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis di Parlimen susulan pertanyaan Ahli Palrimen Pandan itu yang meminta pengesahan terbuka berhubung maklumat siasatan yang telah dikongsi secara peribadi pada 1 Disember lalu.<\/p>\n<p>Menurut Saifuddin, pendedahan awal boleh menyukarkan pihak berkuasa menjejaki suspek dan berisiko terhadap keselamatan saksi utama.<\/p>\n<p>\u201cSebarang pendedahan pada peringkat ini berpotensi menjejaskan keupayaan pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan secara menyeluruh. Oleh itu, permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau memberi jaminan siasatan dijalankan secara profesional dan keadilan akan ditegakkan tanpa sebarang kompromi.<\/p>\n<p>\u201cSebarang perkembangan yang boleh didedahkan kepada orang ramai tanpa menjejaskan siasatan akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi kementerian atau pihak polis pada masa yang sesuai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kes ini menarik perhatian ramai selepas anak lelaki Rafizi yang berusia 12 tahun diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dua lelaki mengekori kenderaan isteri Rafizi dengan motosikal sebelum kanak-kanak itu diseret dan disuntik menggunakan jarum suntikan.<\/p>\n<p>Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala suspek berjaya melarikan diri.<\/p>\n<p>Rafizi sebelum ini menyifatkan kejadian itu sebagai satu serangan terancang dan mendakwa isterinya mungkin telah diperhatikan selama beberapa hari sebelum insiden berlaku.<\/p>\n<p>Beliau turut mengaitkan serangan tersebut dengan siasatan yang sedang dilakukannya selepas bertemu sekumpulan pemberi maklumat seminggu sebelum kejadian.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, isterinya juga menerima satu mesej ugutan berbunyi, \u201cDiam andai teruskan, AIDS\u201d, yang menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan keluarganya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan tidak dapat mendedahkan secara terbuka maklumat tertentu berkaitan siasatan dalang serangan terhadap anak Rafizi Ramli kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan. Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis di Parlimen susulan pertanyaan Ahli Palrimen Pandan itu yang meminta pengesahan terbuka berhubung maklumat siasatan yang telah dikongsi secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1282,1642,309,43,9,8,20,928,23],"authors":[],"class_list":["post-7085","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anak","tag-menteri-dalam-negeri","tag-parlimen","tag-pdrm","tag-pkr","tag-rafizi","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-serangan","tag-siasatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7085","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7085"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7085\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7086,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7085\/revisions\/7086"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7085"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7085"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7085"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7085"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}