{"id":7087,"date":"2026-01-28T05:59:41","date_gmt":"2026-01-28T05:59:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7087"},"modified":"2026-01-28T05:59:41","modified_gmt":"2026-01-28T05:59:41","slug":"muhyiddin-mahu-dasar-baharu-perkukuh-ekonomi-bumiputera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-mahu-dasar-baharu-perkukuh-ekonomi-bumiputera\/","title":{"rendered":"Muhyiddin mahu dasar baharu perkukuh ekonomi Bumiputera"},"content":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan segera merangka dasar ekonomi Bumiputera yang baharu sebagai dasar induk bagi memastikan agenda sosio-ekonomi Bumiputera tidak terus terpinggir dalam arus pembangunan negara.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, dasar berkenaan perlu memayungi serta memandu semua dasar sedia ada kerajaan supaya pembangunan lebih tersusun dan inklusif.<\/p>\n<p>Menurutnya, meskipun Dasar Ekonomi Baru (DEB) pernah berjaya mengangkat kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera selepas diperkenalkan pada 1970-an, realiti semasa menunjukkan jurang masih wujud, termasuk melibatkan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cSudah tiba masanya kerajaan menstruktur semula pendekatan pembangunan ekonomi Bumiputera.<\/p>\n<p>\u201cDasar baharu ini mesti memastikan setiap dasar kerajaan, sama ada industri, pelaburan, pendidikan atau ekonomi digital, mempunyai komponen agenda Bumiputera dengan sasaran yang jelas dan boleh dicapai,\u201d katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, dasar induk itu tidak seharusnya menjejaskan kepentingan kaum lain, sebaliknya memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan dan seimbang.<\/p>\n<p>Katanya, agenda kesejahteraan rakyat perlu diterjemahkan secara konkrit dalam usaha merapatkan jurang sosio-ekonomi Bumiputera selaras dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).<\/p>\n<p>Muhyiddin turut membangkitkan kebimbangan mengenai penyertaan Bumiputera yang masih rendah dalam sektor berkemahiran tinggi dan profesional.<\/p>\n<p>\u201cTanpa akses pendidikan berkualiti dan latihan strategik, Bumiputera berisiko kekal sebagai pekerja sokongan dalam sektor bernilai tinggi,\u201d katanya, sambil menambah isu pengangguran siswazah dan pemilikan rumah dalam kalangan belia Bumiputera masih membimbangkan.<\/p>\n<p>Beliau juga mendakwa data rasmi menunjukkan pemilikan ekuiti dan pendapatan isi rumah Bumiputera ketinggalan, dengan kadar kemiskinan lebih tinggi berbanding kaum lain.<\/p>\n<p>\u201cJika tiada usaha bersungguh-sungguh, kedudukan ekonomi Bumiputera akan terus merosot,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menggesa kerajaan meneliti semula Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara, serta mencadangkan perjanjian itu dibentangkan semula di Parlimen untuk kelulusan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan segera merangka dasar ekonomi Bumiputera yang baharu sebagai dasar induk bagi memastikan agenda sosio-ekonomi Bumiputera tidak terus terpinggir dalam arus pembangunan negara. Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, dasar berkenaan perlu memayungi serta memandu semua dasar sedia ada kerajaan supaya pembangunan lebih tersusun dan inklusif. Menurutnya, meskipun Dasar Ekonomi Baru (DEB) pernah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2168,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2966,3021,2401,1590,1031,309,262],"authors":[],"class_list":["post-7087","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bahas","tag-bumiputera","tag-dasar","tag-muhyiddin-yassin","tag-pagoh","tag-parlimen","tag-titah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7087","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7087"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7087\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7088,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7087\/revisions\/7088"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2168"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7087"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7087"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7087"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7087"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}