{"id":7089,"date":"2026-01-28T06:01:40","date_gmt":"2026-01-28T06:01:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7089"},"modified":"2026-01-28T06:01:40","modified_gmt":"2026-01-28T06:01:40","slug":"bantuan-str-sara-meningkat-sekali-ganda-cecah-rm15-bilion-tahun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bantuan-str-sara-meningkat-sekali-ganda-cecah-rm15-bilion-tahun-ini\/","title":{"rendered":"Bantuan STR, SARA meningkat sekali ganda cecah RM15 bilion tahun ini"},"content":{"rendered":"<p>Peruntukan kerajaan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat hampir sekali ganda kepada RM15 bilion tahun ini berbanding RM8 bilion pada 2022, sekali gus mencerminkan keutamaan kerajaan dalam memperkukuh perlindungan sosial rakyat.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata peningkatan berterusan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan memastikan golongan memerlukan terus menerima bantuan secara bersasar, terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan bantuan kewangan ini, khususnya SARA yang mula diperkenalkan pada 2023, adalah mekanisme penting untuk memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran dengan lebih berkesan,\u201d katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, pelaksanaan SARA bukan sahaja membantu golongan B40 mendapatkan barangan keperluan asas, malah pada masa sama menyokong kelangsungan peniaga kecil tempatan.<\/p>\n<p>Setakat Isnin, jumlah premis rakan niaga SARA meningkat kepada 10,447 kedai di seluruh negara, berbanding hanya 700 premis pada tahun lalu.<\/p>\n<p>\u201cJumlah ini akan terus bertambah melibatkan pasar raya, kedai runcit, koperasi dan pasar mini di kawasan bandar, luar bandar serta pedalaman supaya penerima mudah mengakses bantuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Di Sarawak sahaja, katanya, sebanyak 1,096 premis sudah berdaftar sebagai rakan niaga SARA.<\/p>\n<p>Menurut Chin Tong, kerajaan turut menambah baik syarat penyertaan peniaga kecil dengan melonggarkan keperluan penjualan barangan asas daripada 70 peratus kepada 50 peratus, iaitu sekurang-kurangnya tujuh daripada 14 kategori barangan ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu peniaga kecil, khususnya di luar bandar, dapat turut serta. Kerajaan sentiasa terbuka menilai semula syarat sedia ada mengikut kesesuaian lokaliti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan munasabah daripada pelbagai pihak bagi memastikan bantuan SARA terus relevan, inklusif dan memberi impak berganda kepada rakyat serta ekonomi tempatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peruntukan kerajaan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat hampir sekali ganda kepada RM15 bilion tahun ini berbanding RM8 bilion pada 2022, sekali gus mencerminkan keutamaan kerajaan dalam memperkukuh perlindungan sosial rakyat. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata peningkatan berterusan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan memastikan golongan memerlukan terus menerima bantuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4378,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[944,287,2266,482,1004,946,2975],"authors":[],"class_list":["post-7089","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bantuan","tag-kewangan","tag-liew-chin-tong","tag-mof","tag-sara","tag-str","tag-timbalan-menteri-kewangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7089","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7089"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7089\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7090,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7089\/revisions\/7090"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4378"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7089"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7089"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7089"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7089"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}