{"id":7093,"date":"2026-01-28T06:10:18","date_gmt":"2026-01-28T06:10:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7093"},"modified":"2026-01-28T06:10:18","modified_gmt":"2026-01-28T06:10:18","slug":"kerajaan-tegas-pantau-kandungan-ai-berbahaya-nie-ching","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-tegas-pantau-kandungan-ai-berbahaya-nie-ching\/","title":{"rendered":"Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menegaskan penguatkuasaan undang-undang sedia ada menjadi asas utama dalam menangani penyebaran kandungan berbahaya, termasuk yang dihasilkan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI), di platform digital.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata cabaran mengawal kandungan dalam talian bukan hanya dihadapi Malaysia, sebaliknya menjadi isu global yang memerlukan kerjasama antara kerajaan dan syarikat teknologi.<\/p>\n<p>\u201cSejujurnya, selain tindakan reaktif, pilihan untuk langkah proaktif memang tidak banyak. Tetapi yang penting, kita ada perundangan yang jelas dan tindakan mesti diambil dengan segera,\u201d katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Nie Ching mengambil contoh aplikasi AI Grok yang sebelum ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa apabila memperkenalkan fungsi tertentu tanpa kawalan keselamatan yang mencukupi.<\/p>\n<p>Menurut beliau, fungsi itu hanya diperkenalkan pada hujung tahun lalu, namun menerima aduan daripada banyak kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKita lihat tindakan tegas diambil oleh beberapa negara seperti Indonesia dan Filipina yang menyekat aplikasi itu. Negara lain seperti Jepun, Singapura, United Kingdom, Jerman dan Perancis pula menyuarakan ketidakpuasan hati dan hasrat untuk menyiasat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Susulan tekanan tersebut, syarikat XAI kemudiannya mengumumkan penarikan semula fungsi berkenaan dan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).<\/p>\n<p>Dari segi perundangan, beliau menjelaskan Malaysia mempunyai rangka kerja yang kukuh melalui Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA).<\/p>\n<p>Di bawah ONSA, sebarang bahan penderaan seksual kanak-kanak dikategorikan sebagai kandungan berbahaya keutamaan dan wajib diturunkan serta-merta oleh platform berlesen.<\/p>\n<p>Kandungan dewasa yang memudaratkan juga tertakluk kepada tindakan segera.<\/p>\n<p>\u201cSeksyen 233 CMA dengan jelas melarang penyebaran kandungan lucah, sumbang atau melampau. Ini adalah kesalahan di Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan mahu semua pembangun aplikasi dan AI mematuhi peraturan asas serta memastikan prinsip \u201ckeselamatan melalui reka bentuk\u201d diterapkan sejak awal.<\/p>\n<p>\u201cUndang-undang yang jelas dan tindakan tegas oleh semua kerajaan adalah kunci untuk pastikan ekosistem digital kekal selamat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menegaskan penguatkuasaan undang-undang sedia ada menjadi asas utama dalam menangani penyebaran kandungan berbahaya, termasuk yang dihasilkan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI), di platform digital. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata cabaran mengawal kandungan dalam talian bukan hanya dihadapi Malaysia, sebaliknya menjadi isu global yang memerlukan kerjasama antara kerajaan dan syarikat teknologi. \u201cSejujurnya, selain [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5038,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,2881,3022,35,16,143,2682,33,1816],"authors":[],"class_list":["post-7093","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-aplikasi","tag-cma","tag-kandungan","tag-mcmc","tag-onsa","tag-pantau","tag-teo-nie-ching","tag-timbalan-menteri-komunikasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7093","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7093"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7093\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7094,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7093\/revisions\/7094"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5038"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7093"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7093"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7093"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7093"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}