{"id":7118,"date":"2026-01-29T02:43:56","date_gmt":"2026-01-29T02:43:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7118"},"modified":"2026-01-29T02:43:56","modified_gmt":"2026-01-29T02:43:56","slug":"isi-ron95-pemilik-kenderaan-asing-juga-bakal-dikenakan-tindakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isi-ron95-pemilik-kenderaan-asing-juga-bakal-dikenakan-tindakan\/","title":{"rendered":"Isi RON95: Pemilik kenderaan asing juga bakal dikenakan tindakan"},"content":{"rendered":"<p>Pemilik dan pemandu kenderaan berdaftar asing bakal berdepan tindakan undang-undang jika didapati membeli petrol RON95, susulan langkah kerajaan memperketat kawalan bagi mengekang ketirisan subsidi bahan api itu.<\/p>\n<p>Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata kementeriannya sedang merangka peraturan baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi membolehkan tindakan diambil bukan sahaja terhadap stesen minyak, malah ke atas pembeli yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing.<\/p>\n<p>\u201cUndang-undang sedia ada hanya membolehkan tindakan terhadap penjual.<\/p>\n<p>\u201cDengan peraturan baharu ini, larangan akan meliputi pembelian, jadi pemilik atau pemandu kenderaan berdaftar asing juga boleh dikenakan tindakan,\u201d katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, langkah itu penting kerana RON95 merupakan bahan api bersubsidi yang disasarkan untuk kegunaan rakyat Malaysia, terutama dalam konteks tekanan kos sara hidup dan keperluan memastikan wang negara tidak bocor ke pihak yang tidak layak.<\/p>\n<p>Menurut Armizan, KPDN kini menjalankan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dan menyasarkan peraturan tersebut dimuktamadkan serta dikuatkuasakan mulai 1 April ini, dengan tumpuan khusus di kawasan sempadan yang berisiko tinggi berlakunya ketirisan.<\/p>\n<p>Isu penyalahgunaan subsidi RON95 sudah lama dibangkitkan, khususnya melibatkan kenderaan asing yang mengisi minyak di stesen berhampiran sempadan sebelum dibawa keluar negara.<\/p>\n<p>Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada kerajaan, malah menjejaskan keberkesanan dasar subsidi bersasar.<\/p>\n<p>KPDN turut mempergiat pemeriksaan berkala di stesen minyak bagi memastikan pematuhan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing, termasuk penggunaan kad pengenalan.<\/p>\n<p>Kawalan terhadap pembelian luar tangki juga diperketat dengan had maksimum 20 liter tanpa permit khas.<\/p>\n<p>\u201cKita akan terus memperkasakan pemantauan melalui operasi bersepadu seperti Ops Tiris bersama PDRM, ATM, Kastam dan agensi sempadan lain bagi membanteras penyeludupan,\u201d katanya, sambil menegaskan pendekatan keseluruhan negara menerusi inisiatif Kita Gempur akan terus diperkukuh.<\/p>\n<p>Mengulas isu lain, Armizan berkata penambahbaikan Program Pengedaran Barangan Perlu kini melibatkan tender terbuka dan penggunaan teknologi bagi memastikan barangan sampai ke kawasan pedalaman tanpa ketirisan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemilik dan pemandu kenderaan berdaftar asing bakal berdepan tindakan undang-undang jika didapati membeli petrol RON95, susulan langkah kerajaan memperketat kawalan bagi mengekang ketirisan subsidi bahan api itu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata kementeriannya sedang merangka peraturan baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi membolehkan tindakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7119,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[427,3030,428,74,555,296],"authors":[],"class_list":["post-7118","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-armizan-mohd-ali","tag-kereta-asing","tag-kpdn","tag-minyak","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7118","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7118"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7118\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7120,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7118\/revisions\/7120"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7119"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7118"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7118"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7118"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7118"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}