{"id":7148,"date":"2026-01-29T10:45:23","date_gmt":"2026-01-29T10:45:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7148"},"modified":"2026-01-29T10:45:23","modified_gmt":"2026-01-29T10:45:23","slug":"cadangan-had-tempoh-pm-azalina-gesa-sokongan-rentas-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/cadangan-had-tempoh-pm-azalina-gesa-sokongan-rentas-parti\/","title":{"rendered":"Cadangan had tempoh PM: Azalina gesa sokongan rentas parti"},"content":{"rendered":"<p>Cadangan kerajaan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri wajar disokong semua Ahli Parlimen (MP) rentas parti, kata Azalina Othman Said.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, MP pembangkang perlu menyatakan pendirian jelas kepada pengundi sekiranya mereka enggan menyokong pindaan Perlembagaan itu memandangkan ia satu langkah reformasi penting yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Azalina berkata penolakan terhadap pindaan itu boleh menimbulkan persoalan mengenai kesediaan wakil rakyat untuk mengehadkan kuasa eksekutif tertinggi negara.<\/p>\n<p>\u201cKalau ahli Parlimen menolak pindaan Perlembagaan ini, ia menunjukkan mereka tidak yakin bahawa perkara ini penting.<\/p>\n<p>\u201cMungkin mereka perlu jelaskan kepada rakyat yang memilih mereka kenapa tidak ada kemahuan untuk menghadkan kuasa perdana menteri,\u201d katanya selepas sesi libat urus bersama pertubuhan masyarakat sivil dan ahli akademik di Putrajaya.<\/p>\n<p>Sesi tersebut diadakan bagi mengumpul pandangan berkaitan cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri, yang merupakan antara empat inisiatif reformasi institusi disasarkan untuk dilaksanakan pada 2026 di bawah pentadbiran Madani.<\/p>\n<p>Idea ini selari dengan usaha memperkukuh semak dan imbang serta mengelakkan penumpuan kuasa dalam tempoh terlalu lama.<\/p>\n<p>Cadangan itu memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, yang hanya boleh diluluskan dengan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada 222 ahli Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Walaupun kerajaan perpaduan ketika ini memiliki angka mencukupi, pembangkang menyatakan sokongan bersyarat.<\/p>\n<p>Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin sebelum ini berkata pihaknya mahu klausa tambahan dimasukkan bagi menghalang perdana menteri daripada memegang portfolio kewangan secara serentak.<\/p>\n<p>Namun, Azalina menegaskan isu pelantikan portfolio kabinet adalah perkara berasingan.<\/p>\n<p>\u201cIsu yang ditekankan ketua pembangkang adalah tentang salah guna kuasa, dan saya faham elemen itu.<\/p>\n<p>\u201cTapi fokus kita sekarang ialah meluluskan pindaan Perlembagaan untuk hadkan tempoh jawatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Azalina, semangat utama cadangan itu adalah untuk menyampaikan mesej jelas bahawa tiada siapa yang tidak boleh digantikan.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan soal kualiti individu, tetapi untuk memastikan jawatan yang berkuasa tidak dipegang tanpa had masa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan cadangan tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan sebelum dibawa ke Parlimen.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan kerajaan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri wajar disokong semua Ahli Parlimen (MP) rentas parti, kata Azalina Othman Said. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, MP pembangkang perlu menyatakan pendirian jelas kepada pengundi sekiranya mereka enggan menyokong pindaan Perlembagaan itu memandangkan ia satu langkah reformasi penting yang memerlukan sokongan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1456,947,2860,883,197,423,1079,310,882],"authors":[],"class_list":["post-7148","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azalina-othman-said","tag-dewan-rakyat","tag-had-tempoh","tag-majoriti","tag-perdana-menteri","tag-perlembagaan","tag-pm","tag-ruu","tag-sokongan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7148","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7148"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7148\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7149,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7148\/revisions\/7149"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7148"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7148"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7148"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7148"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}