{"id":715,"date":"2025-06-11T06:43:52","date_gmt":"2025-06-11T06:43:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=715"},"modified":"2025-06-11T09:01:19","modified_gmt":"2025-06-11T09:01:19","slug":"kes-rm27-juta-src-agc-tolak-representasi-najib-20-jun-keputusan-dnaa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-rm27-juta-src-agc-tolak-representasi-najib-20-jun-keputusan-dnaa\/","title":{"rendered":"Kes RM27 juta SRC: AGC tolak representasi Najib, 20 Jun keputusan DNAA"},"content":{"rendered":"<p>Representasi yang dikemukakan Najib Razak membabitkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).<\/p>\n<p>Penolakan tersebut dimaklumkan timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika kes berkenaan disebut di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K Muniandy, hari ini.<\/p>\n<p>\u201cYang Arif, saya hadir untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi telah ditolak dan pihak pendakwaan akan meneruskan perbicaraan.<\/p>\n<p>\u201cSaya diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada mahkamah serta mohon tarikh perbicaraan ditetapkan,\u201d katanya dipetik laporan Malaysiakini.<\/p>\n<p>Sementara itu, Hakim K. Muniandy menetapkan tempoh seminggu bagi membolehkan beliau meneliti penghujahan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Mohd Ashrof.<\/p>\n<p>Terdahulu, Muhammad Shafee berhujah agar Najib diberikan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas alasan perintah tersebut ketika ini merupakan yang terbaik dan paling sesuai diberikan kepada anak guamnya.<\/p>\n<p>Muhammad Shafee berhujah, tiada ketentuan perbicaraan akan dimulakan dalam tempoh terdekat kerana pihak pendakwaan memerlukan masa untuk mendapatkan dokumen yang telah digunakan sewaktu perbicaraan kes SRC melibatkan dana RM42 juta.<\/p>\n<p>Menurut Muhammad Shafee, pihak pendakwaan tidak akan diprejudiskan jika perintah DNAA diberikan kepada Najib.<\/p>\n<p>Hujah peguam, Najib didakwa pada 2019 manakala representasi dikemukakan pada 31 Julai 2023.<\/p>\n<p>\u201cKes ini berjalan sejak 2019 dan kelewatan selama enam tahun. Selain itu, dokumen berkaitan kes SRC disimpan di sana sini termasuk di Mahkamah Persekutuan dan berkaitan prosiding sivil.<\/p>\n<p>\u201cTertuduh tidak seharusnya dibiar menunggu selama-lamanya sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan. Keadilan perlu jelas dan dipastikan kepada kedua-dua pihak,\u201d ujar Muhammad Shafee.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Mohd Ashrof membantah permohonan DNAA tersebut kerana pihaknya bersedia mengendalikan kes.<\/p>\n<p>Mohd Ashrof berkata, sebanyak 807 eksibit telah dikemukakan dalam perbicaraan SRC sebelum ini (di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Ghazali) dan pendakwaan memerlukannya untuk digunakan pada perbicaraan kes dana RM27 juta.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, pihak pendakwaan memerlukan masa dan akan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan dokumen yang berada dalam simpanan mahkamah.<\/p>\n<p>Oleh yang demikian, Mohd Ashrof memohon tarikh perbicaraan ditetapkan lebih lewat bagi membolehkan proses pengumpulan dokumen dan penyediaan pernyataan saksi dilengkapkan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, eksibit berkenaan sukar diperolehi dalam tempoh terdekat kerana dokumen berkenaan dilihat kali terakhir ketika perbicaraan sekitar tahun 2020.<\/p>\n<p>Pihak pendakwaan menjelaskan demikian ketika penghujahan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Jun untuk membuat keputusan berhubung permohonan DNAA oleh Najib.<\/p>\n<p>Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC dalam kes yang berasingan.<\/p>\n<p>Pada 2 Sept 2022, dia memfailkan petisyen pengampunan diraja, dan pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Representasi yang dikemukakan Najib Razak membabitkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC). Penolakan tersebut dimaklumkan timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika kes berkenaan disebut di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K Muniandy, hari ini. \u201cYang Arif, saya hadir [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":716,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[406,502,58,121,342,501],"authors":[],"class_list":["post-715","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agc","tag-dnaa","tag-mahkamah","tag-najib","tag-peguam-negara","tag-src"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/715","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=715"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/715\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":717,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/715\/revisions\/717"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=715"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=715"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=715"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=715"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}