{"id":7178,"date":"2026-01-30T09:19:04","date_gmt":"2026-01-30T09:19:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7178"},"modified":"2026-01-30T09:19:04","modified_gmt":"2026-01-30T09:19:04","slug":"pmx-tekankan-aspek-integriti-di-semua-kementerian-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-tekankan-aspek-integriti-di-semua-kementerian-fahmi\/","title":{"rendered":"PMX tekankan aspek integriti di semua kementerian: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memberi penekanan serius terhadap isu penguatkuasaan, khususnya membabitkan integriti dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa tindakan badan penguatkuasaan yang dilihat tidak membantu dan berpotensi menghakis kepercayaan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri meminta supaya isu-isu berkaitan penguatkuasaan, terutama yang telah ditegur semalam, diberikan pendegasan oleh semua anggota Jemaah Menteri,\u201d katanya dalam sidang media hari ini selepas mesyuarat Kabinet.<\/p>\n<p>Perkara itu dibangkitkan susulan teguran Perdana Menteri dalam perhimpunan bulanan semalam yang meminta semua anggota Kabinet mengambil perhatian dan bertindak selari.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kerajaan tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan atau tindakan yang sedang diambil oleh badan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk kes yang melibatkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak ambil apa-apa tindakan sebagai Jemaah Menteri. Itu adalah tindakan badan penguatkuasaan dan kita serah sepenuhnya kepada mereka untuk menjalankan tugas,\u201d katanya, sambil menegaskan prinsip pemisahan kuasa terus dihormati.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan peringatan berhubung integriti bukan sekadar dibincangkan di peringkat Kabinet, malah telah disusuli dengan arahan daripada Ketua Institusi Negara kepada semua ketua institusi dan kementerian supaya memperkemaskan aspek integriti dalam pentadbiran masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSemua ketua institusi telah diingatkan untuk memastikan integriti diperkukuh dan perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu integriti dan tadbir urus menjadi antara fokus utama kerajaan perpaduan sejak awal penubuhannya, selari dengan tuntutan rakyat yang mahukan pentadbiran lebih telus, tegas dan bebas daripada campur tangan politik.<\/p>\n<p>Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan setiap institusi berfungsi secara profesional demi memulihkan dan mengekalkan keyakinan awam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memberi penekanan serius terhadap isu penguatkuasaan, khususnya membabitkan integriti dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara. Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa tindakan badan penguatkuasaan yang dilihat tidak membantu dan berpotensi menghakis kepercayaan rakyat. \u201cPerdana Menteri meminta supaya isu-isu berkaitan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6946,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,49,2868,2117,18,24,21],"authors":[],"class_list":["post-7178","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-fahmi-fadzil","tag-integriti","tag-menteri-komunikasi","tag-pmx","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7178","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7178"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7178\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7179,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7178\/revisions\/7179"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6946"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7178"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7178"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7178"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7178"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}