{"id":7187,"date":"2026-01-31T04:52:39","date_gmt":"2026-01-31T04:52:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7187"},"modified":"2026-01-31T04:52:39","modified_gmt":"2026-01-31T04:52:39","slug":"pemuliharaan-bangunan-bersejarah-jana-nafas-baharu-ekonomi-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuliharaan-bangunan-bersejarah-jana-nafas-baharu-ekonomi-pmx\/","title":{"rendered":"Pemuliharaan bangunan bersejarah, jana nafas baharu ekonomi: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Bangunan warisan tidak wajar dianggap sebagai tinggalan masa lalu yang membebankan, sebaliknya perlu dilihat sebagai aset bernilai yang mampu menggerakkan ekonomi, merancakkan pelancongan dan membuka peluang pekerjaan baharu, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata pemuliharaan bangunan bersejarah yang diberi nafas baharu boleh menjadi pemangkin kepada industri kreatif dan perniagaan tempatan, di samping mengukuhkan identiti bandar.<\/p>\n<p>Menurutnya, usaha menghidupkan semula Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja adalah contoh jelas bagaimana sejarah boleh disatukan dengan keperluan masa depan.<\/p>\n<p>\u201cPemuliharaan ini bukan untuk mengulang nostalgia, tetapi memastikan sejarah terus hidup, difahami dan dijadikan pedoman ketika kita berdepan cabaran baharu,\u201d katanya ketika berucap pada majlis penyempurnaan pemuliharaan bangunan berkenaan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.<\/p>\n<p>Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina pada akhir abad ke-19 merupakan antara mercu tanda terpenting Kuala Lumpur, pernah menjadi pusat pentadbiran British dan saksi kepada pelbagai detik penting negara.<\/p>\n<p>Dalam konteks pembangunan bandar moden, Anwar berkata warisan seperti ini memberi kekuatan naratif kepada Kuala Lumpur sebagai sebuah kota yang progresif tetapi berakar pada sejarah.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan pemuliharaan bangunan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif WARISAN KL, iaitu pendekatan strategik kerajaan untuk mengaktifkan semula tapak warisan utama sebagai enjin pertumbuhan ekonomi berasaskan budaya. I<\/p>\n<p>nisiatif ini juga selari dengan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menekankan keunikan sejarah dan peradaban negara, bukan sekadar keindahan alam semula jadi.<\/p>\n<p>\u201cSeperti yang digariskan dalam Belanjawan 2026, projek ini merangkumi kesemua enam blok Bangunan Sultan Abdul Samad, selain kerja pemuliharaan Seri Negara dan Carcosa di Bukit Carcosa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan manfaat pemuliharaan mesti dirasai oleh rakyat.<\/p>\n<p>\u201cBangunan warisan mesti dihidupkan, bukan sekadar dipelihara strukturnya. Rakyat biasa perlu dapat menikmati dan menggunakan ruang ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Bangunan Sultan Abdul Samad akan menempatkan Galeri Bandaraya Kuala Lumpur yang memaparkan perjalanan sejarah bangunan tersebut dan ibu negara melalui lima ruang pameran bertema, merentasi tiga abad perkembangan kota.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bangunan warisan tidak wajar dianggap sebagai tinggalan masa lalu yang membebankan, sebaliknya perlu dilihat sebagai aset bernilai yang mampu menggerakkan ekonomi, merancakkan pelancongan dan membuka peluang pekerjaan baharu, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata pemuliharaan bangunan bersejarah yang diberi nafas baharu boleh menjadi pemangkin kepada industri kreatif dan perniagaan tempatan, di samping mengukuhkan identiti bandar. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":793,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,3055,68,18,3057,3056],"authors":[],"class_list":["post-7187","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-bangunan-warisan","tag-ekonomi","tag-pmx","tag-sultan-abdul-samad","tag-warisan-kl"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7187","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7187"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7187\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7188,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7187\/revisions\/7188"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/793"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7187"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7187"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7187"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7187"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}