{"id":7189,"date":"2026-01-31T05:01:31","date_gmt":"2026-01-31T05:01:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7189"},"modified":"2026-01-31T05:01:31","modified_gmt":"2026-01-31T05:01:31","slug":"bekas-pembantu-muhyiddin-dedah-rancangan-singkir-muhyiddin-libatkan-pemimpin-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-pembantu-muhyiddin-dedah-rancangan-singkir-muhyiddin-libatkan-pemimpin-pas\/","title":{"rendered":"Bekas pembantu Muhyiddin dedah rancangan singkir Muhyiddin, libatkan pemimpin PAS"},"content":{"rendered":"<p>Ketegangan dalam Perikatan Nasional (PN) dikatakan semakin memuncak apabila timbul dakwaan wujud gerakan tersusun dari dalam dan luar parti untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada kepimpinan Bersatu dan PN, yang digelar sebagai pelan \u201cMuhyiddin Exit\u201d.<\/p>\n<p>Dakwaan itu dibangkitkan oleh bekas setiausaha politik kepada Muhyiddin, Marzuki Mohamad, yang mendakwa serangan terhadap bekas perdana menteri itu berlaku secara konsisten, termasuk daripada individu dalam parti sendiri serta rakan komponen PN.<\/p>\n<p>Menurut Marzuki, tindakan mencadangkan perubahan struktur kepimpinan PN seperti penubuhan Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif bukan bertujuan memperkukuh gabungan, sebaliknya untuk mengehadkan kuasa Muhyiddin sebagai pengerusi.<\/p>\n<p>\u201cRamai sedang menunggu untuk bertepuk tangan melihat projek \u2018Muhyiddin Exit\u2019 berjaya,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa, bagi PAS, masalah PN akan dianggap selesai sekiranya Muhyiddin berundur, sekali gus membuka laluan kepada pemimpin parti itu untuk menerajui gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cTidak perlu pinda perlembagaan PN. Bila Muhyiddin berundur, semua cadangan ini jadi tidak relevan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Episod etegangan dalam PN semakin jelas kebelakangan ini susulan konflik politik di Perlis serta perbezaan pandangan antara parti komponen mengenai hala tuju gabungan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Marzuki turut mengaitkan senario tersebut dengan kemungkinan perubahan kepimpinan Bersatu, yang menurutnya boleh memberi kesan besar kepada landskap politik negara.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa, sekiranya Muhyiddin berundur, Bersatu berisiko hilang pengaruh dan akhirnya lenyap daripada persaingan politik arus perdana.<\/p>\n<p>\u201cKesan akhirnya, Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri selepas PRU-16,\u201d katanya sambil menambah beliau sekadar berkongsi pandangan politik, bukan membuat ramalan mutlak.<\/p>\n<p>Mengakhiri kenyataannya, Marzuki secara terbuka menasihati Muhyiddin supaya mempertimbangkan untuk berundur.<\/p>\n<p>\u201cTiada guna memimpin kelompok yang tidak tahu menilai kepimpinan,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketegangan dalam Perikatan Nasional (PN) dikatakan semakin memuncak apabila timbul dakwaan wujud gerakan tersusun dari dalam dan luar parti untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada kepimpinan Bersatu dan PN, yang digelar sebagai pelan \u201cMuhyiddin Exit\u201d. Dakwaan itu dibangkitkan oleh bekas setiausaha politik kepada Muhyiddin, Marzuki Mohamad, yang mendakwa serangan terhadap bekas perdana menteri itu berlaku secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1625,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,3058,949,71,126,541],"authors":[],"class_list":["post-7189","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-exit","tag-marzuki-mohamad","tag-muhyiddin","tag-pas","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7189","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7189"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7189\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7190,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7189\/revisions\/7190"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7189"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7189"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7189"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7189"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}