{"id":7191,"date":"2026-01-31T05:08:28","date_gmt":"2026-01-31T05:08:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7191"},"modified":"2026-01-31T05:08:28","modified_gmt":"2026-01-31T05:08:28","slug":"wan-mahussin-persoal-pas-guna-tokoh-agama-uzur-sebagai-perisai-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/wan-mahussin-persoal-pas-guna-tokoh-agama-uzur-sebagai-perisai-politik\/","title":{"rendered":"Wan Mahussin persoal PAS guna tokoh agama uzur sebagai perisai politik"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pemimpin Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan kepimpinan PAS yang didakwa terus menampilkan tokoh-tokoh agama berusia dan uzur sebagai simbol serta perisai politik walaupun keadaan kesihatan mereka semakin merosot.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, berasa sedih melihat keadaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang kini berdepan masalah kesihatan serius sehingga ada yang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk menghadiri program parti.<\/p>\n<p>\u201cSaya sedih melihat Tok Guru Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS hari ini.<\/p>\n<p>\u201cTubuh mereka uzur, kesihatan semakin rapuh dan ada yang sudah berkerusi roda. Itu satu realiti yang tak boleh dinafikan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Kenyataan itu merujuk kepada beberapa gambar yang tular di media sosial, memaparkan Abdul Hadi dan Hashim dibawa masuk ke sebuah program pemukiman PAS di Bangi semalam dengan menggunakan kerusi roda.<\/p>\n<p>Program tersebut dilaporkan sebagai sebahagian usaha parti berkenaan menyatukan saf kepimpinan menjelang perkembangan politik semasa.<\/p>\n<p>Menurut Wan Mahussin, isu yang dibangkitkan bukan soal kemampuan individu semata-mata, sebaliknya persoalan sejauh mana sebuah parti sanggup terus meletakkan beban kuasa politik ke atas bahu tokoh agama yang sepatutnya dihormati dan diberikan ruang untuk berehat.<\/p>\n<p>\u201cSampai bila sosok setua ini perlu terus memikul beban kuasa? Bukankah Islam mengajar rahmah dan ihsan dalam kepimpinan?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Beliau berpandangan, tindakan terus membawa tokoh agama uzur ke pentas politik bukan lagi boleh dianggap sebagai perjuangan tulen.<\/p>\n<p>\u201cApabila tokoh agama yang sepatutnya dimuliakan di penghujung usia masih dijadikan simbol dan perisai politik, itu bukan perjuangan. Itu eksploitasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, keadaan itu juga mencerminkan kegagalan PAS melahirkan pelapis kepimpinan serta ketakutan parti tersebut untuk melakukan peralihan kuasa secara matang.<\/p>\n<p>\u201cJika benar menghormati Tok Guru, biarlah mereka berehat dengan tenang, bukan dipaksa terus hadir demi kelangsungan kuasa politik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pemimpin Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan kepimpinan PAS yang didakwa terus menampilkan tokoh-tokoh agama berusia dan uzur sebagai simbol serta perisai politik walaupun keadaan kesihatan mereka semakin merosot. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, berasa sedih melihat keadaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang kini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7192,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,1682,126,11,3059,2835],"authors":[],"class_list":["post-7191","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-hashim-jasin","tag-pas","tag-politik","tag-umno-jeli","tag-wan-mahussin-wan-zain"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7191","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7191"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7191\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7193,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7191\/revisions\/7193"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7192"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7191"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7191"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7191"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7191"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}