{"id":7196,"date":"2026-01-31T12:46:06","date_gmt":"2026-01-31T12:46:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7196"},"modified":"2026-01-31T12:46:06","modified_gmt":"2026-01-31T12:46:06","slug":"status-kes-serangan-anak-rafizi-bergantung-siasatan-polis-saifuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/status-kes-serangan-anak-rafizi-bergantung-siasatan-polis-saifuddin\/","title":{"rendered":"Status kes serangan anak Rafizi bergantung siasatan polis: Saifuddin"},"content":{"rendered":"<p>Status siasatan kes serangan membabitkan anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan perkembangan dan hasil siasatan polis, kata Saifuddin Nasution Ismail.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri itu berkata pihaknya tidak akan campur tangan atau mengeluarkan sebarang arahan muktamad kerana ia boleh dilihat sebagai mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan sama ada kes itu akan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atau sebaliknya bergantung kepada bukti serta petunjuk yang ditemui oleh polis dari semasa ke semasa.<\/p>\n<p>\u201cApabila sesuatu insiden berlaku dan laporan polis dibuat, tanggungjawab utama polis adalah menjalankan siasatan secara profesional. Proses ini berjalan mengikut perkembangan maklumat dan petunjuk baharu yang diperoleh,\u201d katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Fasa 2 daerah Kulim, hari ini.<\/p>\n<p>Tambah Saifuddin, keputusan akhir berhubung pengelasan kes tersebut diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan profesionalisme pasukan polis.<\/p>\n<p>\u201cSaya serahkan kepada mereka sama ada kes ini diklasifikasikan sebagai NFA atau diteruskan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut menyatakan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa keluarga Rafizi dan memaklumkan telah menghubungi Ahli Parlimen Pandan itu bagi bertanyakan khabar, termasuk selepas kejadian berkenaan berlaku.<\/p>\n<p>Kes ini kembali menjadi perhatian selepas Rafizi, yang juga bekas Menteri Ekonomi, menyatakan kesediaannya untuk mengusulkan kepada kerajaan dan pihak berkuasa supaya siasatan dihentikan sekiranya tiada perkembangan walaupun selepas enam bulan.<\/p>\n<p>Beliau dilaporkan akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pihak polis jika situasi tersebut berlarutan.<\/p>\n<p>Rafizi juga dilaporkan berkata beliau menerima dengan hati terbuka sekiranya kes berkenaan berakhir tanpa sebarang tindakan lanjut, memandangkan beliau kini tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Status siasatan kes serangan membabitkan anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan perkembangan dan hasil siasatan polis, kata Saifuddin Nasution Ismail. Menteri Dalam Negeri itu berkata pihaknya tidak akan campur tangan atau mengeluarkan sebarang arahan muktamad kerana ia boleh dilihat sebagai mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan. Menurutnya, keputusan sama ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":70,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1282,22,94,8,20,928,23],"authors":[],"class_list":["post-7196","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anak","tag-kdn","tag-polis","tag-rafizi","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-serangan","tag-siasatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7196","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7196"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7196\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7197,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7196\/revisions\/7197"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/70"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7196"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7196"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7196"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7196"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}