{"id":7198,"date":"2026-01-31T12:47:56","date_gmt":"2026-01-31T12:47:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7198"},"modified":"2026-01-31T12:47:56","modified_gmt":"2026-01-31T12:47:56","slug":"thaipusam-lambang-harmoni-anwar-titip-harapan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/thaipusam-lambang-harmoni-anwar-titip-harapan\/","title":{"rendered":"Thaipusam lambang harmoni, Anwar titip harapan"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di negara ini, sambil berharap perayaan berkenaan membawa ketenangan jiwa dan terus menyuburkan rasa saling menghormati dalam masyarakat majmuk.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, Thaipusam bukan sekadar upacara keagamaan, malah sarat dengan nilai pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual yang wajar dihargai oleh semua lapisan masyarakat.<\/p>\n<p>Nilai kesabaran, disiplin dan ketekunan yang dizahirkan sepanjang ibadat itu disifatkan sebagai asas penting dalam membina kehidupan bermasyarakat yang harmoni.<\/p>\n<p>\u201cSemoga Thaipusam dapat dilaksanakan dengan penuh kesyukuran dan tertib, sambil sentiasa menjunjung adab serta nilai yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankankeharmonian yang sering disaksikan setiap kali sambutan keagamaan dan budaya di Malaysia membuktikan kepelbagaian bukan penghalang kepada perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cKetertiban dan keharmonian ini seharusnya menjadi cerminan bahawa hidup bersama dalam perbezaan bukan sesuatu yang asing, sebaliknya realiti yang telah lama membentuk jati diri Malaysia,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Anwar berharap sambutan Thaipusam tahun ini membawa ketenangan jiwa kepada penganut Hindu serta terus memperkukuh hubungan antara kaum dan agama di negara ini.<\/p>\n<p>Semalam, beliau mengadakan lawatan ke Batu Caves bagi meninjau persiapan akhir sambutan Thaipusam yang diraikan hari ini.<\/p>\n<p>Lawatan tersebut tertumpu di Kuil Sri Subramaniar Swamy, lokasi utama perayaan yang setiap tahun menarik kehadiran penganut dari dalam dan luar negara.<\/p>\n<p>Antara tumpuan lawatan termasuk laluan perarakan dan reruai kementerian serta agensi kerajaan di tapak Madani Thaipusam yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan.<\/p>\n<p>Dalam lawatan kira-kira sejam itu, Anwar turut beramah mesra dengan penganut dan sukarelawan serta menghadiri taklimat keselamatan bagi memastikan sambutan berlangsung lancar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di negara ini, sambil berharap perayaan berkenaan membawa ketenangan jiwa dan terus menyuburkan rasa saling menghormati dalam masyarakat majmuk. Menurut Perdana Menteri, Thaipusam bukan sekadar upacara keagamaan, malah sarat dengan nilai pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual yang wajar dihargai oleh semua lapisan masyarakat. Nilai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,812,18,2124,3061],"authors":[],"class_list":["post-7198","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-india","tag-pmx","tag-sambutan","tag-thaipusam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7198","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7198"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7198\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7199,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7198\/revisions\/7199"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7198"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7198"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7198"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7198"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}