{"id":7205,"date":"2026-02-01T10:22:13","date_gmt":"2026-02-01T10:22:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7205"},"modified":"2026-02-01T10:22:13","modified_gmt":"2026-02-01T10:22:13","slug":"bersatu-machang-desak-wan-fayhsal-dipecat-yang-kurang-ajar-dan-biadap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-machang-desak-wan-fayhsal-dipecat-yang-kurang-ajar-dan-biadap\/","title":{"rendered":"Bersatu Machang desak Wan Fayhsal dipecat yang kurang ajar dan biadap"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu Bahagian Machang menggesa Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan lebih tegas terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan memecatnya daripada parti.<\/p>\n<p>Ketuanya, Kamaruddin Ab Kadir menyifatkan hukuman penggantungan selama satu penggal sebagai terlalu ringan dan tidak setimpal dengan kesan yang didakwa berlaku terhadap parti.<\/p>\n<p>Menurut Kamaruddin, Wan Ahmad Fayhsal tidak lagi sesuai berada dalam Bersatu mahupun gabungan Perikatan Nasional (PN), khususnya selepas didakwa mencetuskan konflik dalaman di peringkat bahagian.<\/p>\n<p>\u201cPenggantungan satu penggal tidak mencukupi berbanding kerosakan yang berlaku kepada parti, terutama Bersatu Bahagian Machang,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau turut mendesak supaya Wan Ahmad Fayhsal disingkirkan daripada senarai Ahli Parlimen PN dan bertukar status kepada Ahli Parlimen bebas.<\/p>\n<p>\u201cIndividu yang menyerang parti, mencabar kepimpinan dan merosakkan struktur dalaman tidak wajar terus berlindung di bawah nama Perikatan Nasional,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kamaruddin juga mendakwa Wan Ahmad Fayhsal berulang kali melanggar disiplin parti, mempertikai keputusan kepimpinan serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli.<\/p>\n<p>Lebih serius, beliau mendakwa Ahli Parlimen itu menggunakan akuan bersumpah palsu bagi membuat aduan berkaitan pemilihan dan persidangan bahagian. \u201cIni perbuatan berat dan mencemarkan demokrasi dalaman parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini tewas dalam pemilihan jawatan ketua Bersatu Bahagian Machang pada Februari 2025 kepada Kamaruddin.<\/p>\n<p>Pada Oktober 2025, Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian beliau selama satu penggal, manakala Wan Saiful Wan Jan serta beberapa pemimpin lain dipecat kerana melanggar peraturan dan etika parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu Bahagian Machang menggesa Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan lebih tegas terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan memecatnya daripada parti. Ketuanya, Kamaruddin Ab Kadir menyifatkan hukuman penggantungan selama satu penggal sebagai terlalu ringan dan tidak setimpal dengan kesan yang didakwa berlaku terhadap parti. Menurut Kamaruddin, Wan Ahmad Fayhsal tidak lagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4208,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,3062,1554,276,541,951,198],"authors":[],"class_list":["post-7205","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-kamaruddin-ab-kadir","tag-machang","tag-pecat","tag-perikatan-nasional","tag-pn","tag-wan-ahmad-fayshal-wan-ahmad"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7205","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7205"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7205\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7206,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7205\/revisions\/7206"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4208"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7205"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7205"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7205"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7205"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}