{"id":7211,"date":"2026-02-01T10:30:15","date_gmt":"2026-02-01T10:30:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7211"},"modified":"2026-02-01T10:30:15","modified_gmt":"2026-02-01T10:30:15","slug":"hadi-tolak-dakwaan-pas-perancang-utama-singkir-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadi-tolak-dakwaan-pas-perancang-utama-singkir-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Hadi tolak dakwaan PAS perancang utama singkir Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>PAS menafikan wujud sebarang perbincangan untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada kepimpinan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menegaskan fokus utama parti adalah memastikan gabungan itu terus kukuh dan bersatu.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, permukiman tertutup PAS yang berlangsung sejak beberapa hari lalu hanya bertujuan memperkukuh kerjasama dalam PN serta memantapkan perpaduan parti komponen.<\/p>\n<p>Menurutnya, dakwaan kononnya PAS merancang perubahan kepimpinan dalam gabungan itu adalah tidak benar.<\/p>\n<p>\u201cTak betul. Kita bincang nak teruskan Perikatan Nasional dan jaga perpaduan,\u201d katanya dipetik laporan media selepas program permukiman di Bangi.<\/p>\n<p>Isu timbul selepas bekas pembantu Muhyiddin, Marzuki Mohamad sebelum ini mendakwa berlaku kemelut dalaman PN, termasuk spekulasi kemungkinan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin mengambil alih kepimpinan PN.<\/p>\n<p>Mengulas perkara sama, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan PN kekal stabil sebagai gabungan empat parti dan tidak berdepan sebarang konflik besar setakat ini.<\/p>\n<p>Katanya, kerjasama politik yang terjalin sejak beberapa tahun lalu masih utuh termasuk pentadbiran di beberapa negeri.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah berkoalisi, mana mungkin kita ketepikan sesiapa. Empat parti dalam PN masih kuat dan tak ada masalah besar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan permukiman PAS adalah program tahunan biasa yang dirangka melalui Biro Pemerkasaan Parti bagi menyusun gerak kerja sepanjang tahun, termasuk persediaan menghadapi landskap politik semasa serta kemungkinan pilihan raya negeri pada masa depan.<\/p>\n<p>\u201cProgram ini memang acara tahunan. Tiada keputusan muktamad atau perbincangan kritikal dibuat,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Takiyuddin turut menjelaskan sebarang strategi pilihan raya lebih terperinci biasanya dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi PAS Pusat.<\/p>\n<p>Katanya, parti hanya menilai beberapa pilihan termasuk bertanding secara gabungan atau solo.<\/p>\n<p>\u201cItu perkara biasa dalam parti. Ada beberapa pilihan, tapi belum ada keputusan akhir,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menafikan wujud sebarang perbincangan untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada kepimpinan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menegaskan fokus utama parti adalah memastikan gabungan itu terus kukuh dan bersatu. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, permukiman tertutup PAS yang berlangsung sejak beberapa hari lalu hanya bertujuan memperkukuh kerjasama dalam PN serta memantapkan perpaduan parti komponen. Menurutnya, dakwaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,73,1035,1590,126,249,541],"authors":[],"class_list":["post-7211","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bersatu","tag-hamzah-zainuddin","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-pengerusi","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7211","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7211"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7211\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7212,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7211\/revisions\/7212"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7211"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7211"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7211"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7211"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}