{"id":7226,"date":"2026-02-01T11:07:48","date_gmt":"2026-02-01T11:07:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7226"},"modified":"2026-02-01T11:07:48","modified_gmt":"2026-02-01T11:07:48","slug":"pmx-melawat-johor-bahru-menaiki-ets3-sempena-cuti-panjang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-melawat-johor-bahru-menaiki-ets3-sempena-cuti-panjang\/","title":{"rendered":"PMX melawat Johor Bahru menaiki ETS3 sempena cuti panjang"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, tiba di Johor Bahru petang tadi dengan menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) sebelum meluangkan masa melawat Zoo Johor dalam satu lawatan santai bersama ahli keluarga.<\/p>\n<p>Perdana Menteri tiba di zoo tertua di Malaysia itu sekitar jam 3.10 petang dan diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa serta pelan pembangunan fasiliti berkenaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Mohd Jafni Md Shukor.<\/p>\n<p>Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Asman Shah Abd Rahman.<\/p>\n<p>Sepanjang kira-kira sejam lawatan, Anwar dilihat beramah mesra dengan pengunjung selain meluangkan masa bergambar.<\/p>\n<p>Lawatan tersebut tidak diumumkan lebih awal dan hanya disahkan sehari sebelum ketibaan beliau.<\/p>\n<p>\u201cKami hanya menerima makluman semalam, jadi kami tidak pasti sama ada beliau dapat hadir. Alhamdulillah, beliau datang,\u201d kata Mohd Jafni ketika ditemui media.<\/p>\n<p>Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan beliau mengambil peluang cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam untuk meninjau operasi ETS3 milik Keretapi Tanah Melayu Bhd bagi laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru.<\/p>\n<p>\u201cKesempatan ini digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Zoo Johor yang ditubuhkan pada tahun 1928 merupakan antara zoo tertua di Asia Tenggara dan menjadi tarikan pelancong serta lokasi pendidikan konservasi hidupan liar di negeri ini.<\/p>\n<p>Perkhidmatan ETS pula menjadi antara mod pengangkutan rel utama negara yang menghubungkan beberapa bandar besar di Semenanjung Malaysia, selari dengan usaha memperkukuh pengangkutan awam berkelajuan tinggi dan mesra pengguna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, tiba di Johor Bahru petang tadi dengan menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) sebelum meluangkan masa melawat Zoo Johor dalam satu lawatan santai bersama ahli keluarga. Perdana Menteri tiba di zoo tertua di Malaysia itu sekitar jam 3.10 petang dan diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa serta pelan pembangunan fasiliti berkenaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7227,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,3075,3076,3073,630,48,18,660,3074],"authors":[],"class_list":["post-7226","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-cucu","tag-cuti-panjang","tag-ets3","tag-johor","tag-lawatan","tag-pmx","tag-tinjauan","tag-zoo"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7226","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7226"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7226\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7228,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7226\/revisions\/7228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7227"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7226"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7226"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7226"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7226"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}