{"id":7242,"date":"2026-02-02T08:28:32","date_gmt":"2026-02-02T08:28:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7242"},"modified":"2026-02-02T08:28:32","modified_gmt":"2026-02-02T08:28:32","slug":"pas-patut-keluar-pn-jika-rasa-dipermainkan-amk-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-patut-keluar-pn-jika-rasa-dipermainkan-amk-johor\/","title":{"rendered":"PAS patut keluar PN jika rasa dipermainkan: AMK Johor"},"content":{"rendered":"<p>PAS disaran meninggalkan Perikatan Nasional (PN) atau bergerak secara solo bagi memastikan kelangsungan politik parti itu susulan ketegangan terbaharu antara PAS dan Parti Bersatu.<\/p>\n<p>Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, PAS juga boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan gabungan politik baharu tanpa penglibatan Bersatu sekiranya konflik dalaman PN berterusan.<\/p>\n<p>Menurutnya, isu dakwaan bahawa PAS bersetuju memansuhkan jawatan Pengerusi PN menunjukkan hubungan antara kedua-dua parti itu semakin rapuh.<\/p>\n<p>\u201cSiapa sebenarnya yang bercakap benar? PAS atau Bersatu? Jika PAS merasakan parti itu dipermainkan, lebih baik PAS tinggalkan PN dan bergerak solo dalam arena politik negara,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Faezuddin yang juga Ketua PKR Cabang Pulai berkata, pilihan lain ialah PAS mengekalkan PN tetapi tanpa Bersatu, dengan kerjasama bersama Parti Gerakan Tanah Air (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).<\/p>\n<p>\u201cBersama Bersatu dalam keadaan tidak menentu hanya melemahkan PAS dan boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berpandangan PAS kelihatan terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan besar dan menegaskan parti itu tidak sepatutnya takut menentukan hala tuju sendiri.<\/p>\n<p>Faezuddin mencadangkan PAS mempertimbangkan untuk bertanding di semua kerusi majoriti Melayu yang kini ditandingi Bersatu pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>PN merupakan gabungan politik yang ditubuhkan selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020, dengan PAS dan Bersatu menjadi antara tonggak utama gabungan itu.<\/p>\n<p>Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, spekulasi mengenai perbezaan strategi dan kepimpinan antara parti komponen sering timbul.<\/p>\n<p>Minggu lalu, PAS melalui sepucuk surat kepada presiden parti komponen PN menafikan dakwaan bahawa jawatan Pengerusi PN telah dimansuhkan.<\/p>\n<p>PAS menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui, termasuk dalam mesyuarat pada 16 Januari lalu.<\/p>\n<p>Faezuddin menegaskan PAS perlu membuat keputusan segera kerana kemungkinan pilihan raya lebih awal sentiasa wujud dalam landskap politik semasa.<\/p>\n<p>\u201cPAS perlu buat keputusan sekarang untuk pastikan masa depan politik mereka kekal kuat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS disaran meninggalkan Perikatan Nasional (PN) atau bergerak secara solo bagi memastikan kelangsungan politik parti itu susulan ketegangan terbaharu antara PAS dan Parti Bersatu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, PAS juga boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan gabungan politik baharu tanpa penglibatan Bersatu sekiranya konflik dalaman PN berterusan. Menurutnya, isu dakwaan bahawa PAS [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7221,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,73,3072,630,1139,126,541],"authors":[],"class_list":["post-7242","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-bersatu","tag-faezuddin-puad","tag-johor","tag-keluar","tag-pas","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7242","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7242"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7242\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7243,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7242\/revisions\/7243"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7221"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7242"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7242"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7242"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7242"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}