{"id":7249,"date":"2026-02-02T18:09:52","date_gmt":"2026-02-02T18:09:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7249"},"modified":"2026-02-02T18:10:30","modified_gmt":"2026-02-02T18:10:30","slug":"kuasa-pengampunan-bukan-alat-politik-sultan-pahang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kuasa-pengampunan-bukan-alat-politik-sultan-pahang\/","title":{"rendered":"Kuasa pengampunan bukan alat politik: Sultan Pahang"},"content":{"rendered":"<p>Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah hadiah politik atau simpati peribadi, sebaliknya satu mekanisme sah dalam sistem perundangan negara.<\/p>\n<p>Baginda bertitah kuasa itu perlu dilihat sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang berasaskan hukuman.<\/p>\n<p>\u201cKuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan wajar dinilai dengan emosi dan jiwa yang tenang, bukannya dengan sentimen berlebihan,\u201d titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang.<\/p>\n<p>Menurut baginda, pengurangan hukuman tidak menghapuskan sabitan mahkamah, rekod kesalahan atau prinsip kedaulatan undang-undang.<\/p>\n<p>Baginda turut menegaskan pengampunan bukan hanya untuk individu tertentu.<\/p>\n<p>\u201cSetiap tahun, ratusan banduan daripada pelbagai latar belakang menerima pengurangan hukuman atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda menyampaikan titah itu semasa menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-120 di Kuantan, yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.<\/p>\n<p>Kuasa pengampunan merupakan sebahagian daripada sistem Raja Berperlembagaan Malaysia, di mana Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa memberi pengampunan berdasarkan nasihat Lembaga Pengampunan.<\/p>\n<p>Lembaga ini dianggotai wakil institusi utama negara atau negeri bagi memastikan wujud semak dan imbang dalam setiap keputusan.<\/p>\n<p>Sultan Pahang turut menegaskan keputusan pengampunan tidak dibuat secara unilateral, sebaliknya melalui musyawarah.<\/p>\n<p>Baginda menambah dalam sistem Raja Berperlembagaan, raja berperanan sebagai pelindung keadilan, bukan dipengaruhi sentimen awam atau tekanan politik.<\/p>\n<p>\u201cKuasa pengampunan tidak harus ditafsir sebagai kelemahan sistem, sebaliknya peringatan bahawa negara ini tidak ditadbir berdasarkan emosi media sosial atau kemarahan awam,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda turut menyatakan keyakinan Malaysia akan terus kekal sebagai negara berprinsip dan stabil, serta mendoakan kesejahteraan negara dan negeri Pahang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah hadiah politik atau simpati peribadi, sebaliknya satu mekanisme sah dalam sistem perundangan negara. Baginda bertitah kuasa itu perlu dilihat sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang berasaskan hukuman. \u201cKuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5667,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3048,972,407,11,1559,2584],"authors":[],"class_list":["post-7249","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kuasa","tag-pahang","tag-pengampunan","tag-politik","tag-raja-raja","tag-sultan-abdullah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7249","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7249"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7249\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7250,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7249\/revisions\/7250"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5667"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7249"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7249"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7249"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7249"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}