{"id":7256,"date":"2026-02-03T02:52:16","date_gmt":"2026-02-03T02:52:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7256"},"modified":"2026-02-03T02:52:16","modified_gmt":"2026-02-03T02:52:16","slug":"rm1-4-bilion-pendapatan-tersembunyi-dikesan-melalui-e-invois","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm1-4-bilion-pendapatan-tersembunyi-dikesan-melalui-e-invois\/","title":{"rendered":"RM1.4 bilion pendapatan tersembunyi dikesan melalui e-Invois"},"content":{"rendered":"<p>Sistem e-Invois membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengesan kira-kira RM1.4 bilion pendapatan yang sebelum ini tidak dilaporkan, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan digital dalam mengekang ketirisan hasil negara.<\/p>\n<p>Menurut LHDN, semakan melalui sistem tersebut membolehkan pihaknya mengenal pasti pembayar cukai yang gagal melaporkan pendapatan bagi tujuan penguatkuasaan, selain memastikan keadilan kepada mereka yang patuh kepada undang-undang percukaian.<\/p>\n<p>Setakat ini, lebih 500,000 kes berpotensi melibatkan individu dan entiti dikenal pasti, terutama yang menunjukkan gaya hidup atau keupayaan kewangan tinggi tetapi tidak sepadan dengan rekod percukaian.<\/p>\n<p>\u201cMelalui audit dan peringatan, kami menggalakkan pembayar cukai tampil membuat pengakuan sukarela sekiranya terdapat kesilapan atau ketidakpatuhan dalam maklumat percukaian,\u201d menurut kenyataan LHDN.<\/p>\n<p>Hasilnya, seramai 17,188 pembayar cukai yang sebelum ini tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan telah tampil melaporkan pendapatan bagi tahun taksiran terdahulu berjumlah RM1.4 bilion, menyumbang hasil cukai sebanyak RM290 juta.<\/p>\n<p>Pelaksanaan e-Invois merupakan sebahagian daripada transformasi digital sistem percukaian negara yang mula diperkenalkan secara berperingkat sejak 1 Ogos 2024.<\/p>\n<p>Sistem ini bertujuan meningkatkan ketelusan transaksi perniagaan, memudahkan pemantauan pendapatan serta mengurangkan aktiviti ekonomi bayangan.<\/p>\n<p>Sejak diperkenalkan, sebanyak 184,325 pembayar cukai telah menggunakan e-Invois dengan hampir 979 juta e-Invois dikeluarkan secara keseluruhan.<\/p>\n<p>Perkembangan ini menunjukkan tahap penerimaan yang positif termasuk dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.<\/p>\n<p>LHDN menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh pematuhan cukai melalui pendekatan berasaskan data dan teknologi. \u201cUsaha ini penting bagi memastikan setiap pihak melaporkan dan membayar cukai secara adil serta mematuhi undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, pembayar cukai diingatkan supaya memastikan maklumat yang dikemukakan adalah tepat, lengkap dan terkini bagi mengelakkan penalti lebih berat serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sistem e-Invois membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengesan kira-kira RM1.4 bilion pendapatan yang sebelum ini tidak dilaporkan, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan digital dalam mengekang ketirisan hasil negara. Menurut LHDN, semakan melalui sistem tersebut membolehkan pihaknya mengenal pasti pembayar cukai yang gagal melaporkan pendapatan bagi tujuan penguatkuasaan, selain memastikan keadilan kepada mereka yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6112,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[483,2628,132,1090],"authors":[],"class_list":["post-7256","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cukai","tag-e-invois","tag-lhdn","tag-pendapatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7256","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7256"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7256\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7257,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7256\/revisions\/7257"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6112"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7256"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7256"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7256"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7256"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}