{"id":7262,"date":"2026-02-03T03:12:08","date_gmt":"2026-02-03T03:12:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7262"},"modified":"2026-02-03T03:12:08","modified_gmt":"2026-02-03T03:12:08","slug":"pilihan-raya-pbt-dapsy-bidas-akmal-ikut-cara-macam-pas-semua-cadangan-nak-tolak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pilihan-raya-pbt-dapsy-bidas-akmal-ikut-cara-macam-pas-semua-cadangan-nak-tolak\/","title":{"rendered":"Pilihan raya PBT: DAPSY bidas Akmal ikut cara macam PAS, semua cadangan nak tolak"},"content":{"rendered":"<p>Cadangan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat mampu mewujudkan sistem semak dan imbang yang lebih sihat dalam pentadbiran tempatan, kata pemimpin muda DAP, Edmund Lim.<\/p>\n<p>Menurut Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan itu, pilihan raya PBT memberi peluang kepada rakyat memilih sendiri pemimpin tempatan, sekali gus meningkatkan tahap akauntabiliti kerana pemimpin perlu menjawab terus kepada pengundi.<\/p>\n<p>Katanya, pemimpin yang dipilih rakyat juga lebih memahami isu setempat dan keperluan komuniti kerana kelangsungan khidmat mereka bergantung kepada sokongan penduduk setempat.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin tempatan akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kerana mandat mereka datang terus daripada rakyat,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Edmund juga mengkritik Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dengan menyifatkan tindak-tanduknya sama seperti PAS yang akan menentang semua cadangan dibuat oleh DAP tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya.<\/p>\n<p>\u201cTapi nampaknya Dr (Muhamad Akmal) semakin hampir dengan cara dan pendekatan PAS, di mana apa sahaja cadangan daripada DAP akan dibantah tanpa menilai meritnya.<\/p>\n<p>\u201cSoal sama ada cadangan itu memberi manfaat kepada rakyat atau disokong oleh fakta seolah-olah tidak lagi penting, yang utama hanyalah membantah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Akmal berikrar akan menentang cadangan mengadakan pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Edmund menegaskan isu ini bukan sekadar soal sistem pentadbiran, tetapi melibatkan prinsip kepimpinan yang dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cApa sahaja cadangan sepatutnya dinilai berdasarkan manfaat kepada rakyat dan fakta, bukan semata-mata kerana siapa yang mencadangkannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pilihan raya kerajaan tempatan pernah dilaksanakan di Malaysia sebelum dimansuhkan pada 1960-an atas faktor keselamatan dan pentadbiran.<\/p>\n<p>Sejak itu, Datuk Bandar dan ahli majlis PBT dilantik oleh kerajaan negeri atau persekutuan.<\/p>\n<p>Namun kebelakangan ini, cadangan menghidupkan semula pilihan raya tersebut kembali menjadi perbincangan dalam usaha memperkukuh demokrasi di peringkat akar umbi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat mampu mewujudkan sistem semak dan imbang yang lebih sihat dalam pentadbiran tempatan, kata pemimpin muda DAP, Edmund Lim. Menurut Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan itu, pilihan raya PBT memberi peluang kepada rakyat memilih sendiri pemimpin tempatan, sekali gus meningkatkan tahap akauntabiliti kerana pemimpin perlu menjawab terus kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,1181,152,1182,1387,171,633,146],"authors":[],"class_list":["post-7262","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-dapsy","tag-dbkl","tag-edmund-lim","tag-pbt","tag-pemuda","tag-pilihan-raya","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7262","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7262"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7262\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7263,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7262\/revisions\/7263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7262"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}