{"id":7307,"date":"2026-02-04T08:14:24","date_gmt":"2026-02-04T08:14:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7307"},"modified":"2026-02-04T08:14:24","modified_gmt":"2026-02-04T08:14:24","slug":"jaga-hubungan-malaysia-indonesia-dalam-isu-sempadan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jaga-hubungan-malaysia-indonesia-dalam-isu-sempadan-anwar\/","title":{"rendered":"Jaga hubungan Malaysia-Indonesia dalam isu sempadan: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati apabila membincangkan isu sempadan Malaysia\u2013Indonesia agar tidak menyinggung perasaan negara jiran itu.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata perbezaan pandangan adalah perkara biasa, namun hubungan dua hala yang telah lama terjalin perlu sentiasa dipelihara.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh berbeza pendapat tetapi jangan menjatuhkan hukuman dan jangan menyinggung perasaan rakan kita di Indonesia yang berusaha menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab antara dua negara,\u201d katanya semasa Sesi Penerangan Khas Parlimen mengenai jajaran sempadan Malaysia\u2013Indonesia di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, hubungan kerjasama Malaysia dan Indonesia sejak 1970-an kekal kukuh dengan rundingan sempadan dijalankan secara berterusan di pelbagai peringkat, daripada pegawai teknikal sehingga kepimpinan tertinggi kedua-dua negara.<\/p>\n<p>Isu ini kembali menjadi perhatian selepas laporan media mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan maklumat itu tidak tepat.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Malaysia dan Indonesia berkongsi sempadan darat dan laut yang panjang, termasuk di Sabah, Sarawak dan Kalimantan.<\/p>\n<p>Rundingan sempadan antara kedua-dua negara mengambil masa panjang kerana melibatkan faktor sejarah, geografi serta kepentingan keselamatan dan ekonomi.<\/p>\n<p>Setakat ini, masih terdapat beberapa kawasan yang belum dimuktamadkan termasuk lima kawasan zon pesisir di sektor Sabah\u2013Kalimantan Utara serta empat kawasan Outstanding Boundary Problem di sektor Sarawak\u2013Kalimantan Barat.<\/p>\n<p>Anwar turut mengingatkan supaya isu sempadan tidak dipolitikkan sehingga menjejaskan kepentingan negara.<\/p>\n<p>\u201cKalau hendak cari keuntungan politik sempit, ini bukan masanya untuk korbankan kepentingan Malaysia atau hubungan baik antara dua negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga menolak dakwaan kononnya Malaysia sudah menyerahkan kawasan Ambalat, sambil menegaskan perkara itu masih dalam proses rundingan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menghargai usaha pegawai teknikal dan pasukan keselamatan yang terpaksa meredah kawasan hutan bagi memastikan pemetaan sempadan negara tepat dan lengkap.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati apabila membincangkan isu sempadan Malaysia\u2013Indonesia agar tidak menyinggung perasaan negara jiran itu. Perdana Menteri berkata perbezaan pandangan adalah perkara biasa, namun hubungan dua hala yang telah lama terjalin perlu sentiasa dipelihara. \u201cKita boleh berbeza pendapat tetapi jangan menjatuhkan hukuman dan jangan menyinggung perasaan rakan kita di Indonesia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,947,716,1288,18,2115],"authors":[],"class_list":["post-7307","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-dewan-rakyat","tag-indonesia","tag-isu","tag-pmx","tag-sempadan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7307","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7307"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7307\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7308,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7307\/revisions\/7308"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7307"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7307"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7307"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7307"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}