{"id":7314,"date":"2026-02-04T09:54:24","date_gmt":"2026-02-04T09:54:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7314"},"modified":"2026-02-04T09:54:24","modified_gmt":"2026-02-04T09:54:24","slug":"tindakan-terhadap-sin-chew-dan-sinar-harian-mengikut-peruntukan-undang-undang-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tindakan-terhadap-sin-chew-dan-sinar-harian-mengikut-peruntukan-undang-undang-fahmi\/","title":{"rendered":"Tindakan terhadap Sin Chew dan Sinar Harian mengikut peruntukan undang-undang: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap dua organisasi media sebelum ini dibuat berdasarkan undang-undang sedia ada, manakala rayuan yang dikemukakan akan dinilai mengikut fakta setiap kes, kata Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi itu berkata, keputusan mengenakan kompaun terhadap Sin Chew Daily dan Sinar Harian dibuat selepas siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ia berkaitan kandungan digital termasuk paparan Jalur Gemilang tidak lengkap serta maklumat tidak tepat berkaitan Ketua Polis Negara.<\/p>\n<p>\u201cSetiap rayuan akan dipertimbangkan secara \u2018case by case basis\u2019 berdasarkan fakta kes masing-masing,\u201d kata Fahmi ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Fahmi juga menjelaskan jumlah kompaun boleh dikurangkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.<\/p>\n<p>Untuk rekod, kedua-dua syarikat media tersebut pernah dikenakan kompaun RM100,000 setiap satu oleh MCMC selepas mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara.<\/p>\n<p>Media terbabit juga mempunyai hak untuk membuat rayuan sekiranya menganggap penalti dikenakan terlalu berat.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Fahmi menjelaskan Majlis Media Malaysia (MMM) yang diwujudkan di bawah Akta Majlis Media Malaysia 2025 berperanan membangunkan standard kewartawanan beretika, selain memantau perubahan teknologi dalam industri media.<\/p>\n<p>Akta tersebut mula berkuat kuasa pada Jun 2025 selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem media negara.<\/p>\n<p>Beliau berkata, MMM turut mempromosi pendidikan literasi media bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan maklumat sahih dan beretika, serta menjadi platform dialog antara pengamal media dan masyarakat.<\/p>\n<p>MMM dijangka mengadakan perbincangan bersama MCMC dan Kementerian Dalam Negeri untuk membentuk garis panduan lebih jelas bagi menangani isu ketepatan kandungan.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, usaha ini bertujuan melindungi integriti kewartawanan serta hak orang ramai mendapatkan maklumat tepat, selain memberi ruang kepada industri media menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.<\/p>\n<p>\u201cMMM kekal komited bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kewartawanan bertanggungjawab terus diperkukuh dan kebebasan media kekal sebagai tonggak demokrasi negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap dua organisasi media sebelum ini dibuat berdasarkan undang-undang sedia ada, manakala rayuan yang dikemukakan akan dinilai mengikut fakta setiap kes, kata Fahmi Fadzil. Menteri Komunikasi itu berkata, keputusan mengenakan kompaun terhadap Sin Chew Daily dan Sinar Harian dibuat selepas siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7315,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1773,49,2573,838,16,59,640,402],"authors":[],"class_list":["post-7314","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-denda","tag-fahmi-fadzil","tag-kesalahan","tag-kompaun","tag-mcmc","tag-sin-chew","tag-sinar-harian","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7314","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7314"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7314\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7316,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7314\/revisions\/7316"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7315"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7314"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7314"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7314"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7314"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}