{"id":7328,"date":"2026-02-05T03:13:33","date_gmt":"2026-02-05T03:13:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7328"},"modified":"2026-02-05T03:14:52","modified_gmt":"2026-02-05T03:14:52","slug":"rm150-juta-dana-sara-tak-ditebus-disalur-kepada-golongan-rentan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm150-juta-dana-sara-tak-ditebus-disalur-kepada-golongan-rentan\/","title":{"rendered":"RM150 juta dana SARA tak ditebus disalur kepada golongan rentan"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak RM150 juta baki peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi bayaran sekali gus tahun 2025 yang tidak dibelanjakan sehingga 31 Disember lalu akan diagihkan semula kepada kumpulan memerlukan.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, program SARA sekali bayar tahun lalu menunjukkan prestasi tinggi apabila 96 peratus atau kira-kira 21 juta penerima menggunakan bantuan tersebut dengan nilai transaksi dalam pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.<\/p>\n<p>Menurut beliau, baki empat peratus dana yang tidak digunakan akan dimanfaatkan untuk tujuan kebajikan sosial.<\/p>\n<p>\u201cPengagihan semula dana ini bukan sahaja memastikan pengurusan kewangan awam terus mampan, malah membantu mengukuhkan jaringan keselamatan sosial negara,\u201d katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Dana tersebut akan disalurkan kepada penghuni pusat perlindungan mangsa keganasan rumah tangga, pelajar orang kurang upaya serta pelajar berkeperluan khas, pembelian peranti perubatan untuk pesakit miskin dan penubuhan bank makanan dapur siswa dengan peruntukan khusus RM15 juta.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan keutamaan kepada kumpulan rentan seperti mangsa keganasan rumah tangga, OKU dan pesakit miskin mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan sosial dan kemanusiaan.<\/p>\n<p>\u201cIa menunjukkan pendekatan kerajaan yang lebih bersasar dan inklusif dalam menangani isu kebajikan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>SARA merupakan antara inisiatif bantuan bersasar kerajaan yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas melalui sistem MyKasih.<\/p>\n<p>Program ini turut bertujuan merangsang ekonomi tempatan melalui perbelanjaan domestik.<\/p>\n<p>Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui portal rasmi SARA dan permohonan baharu dijangka diproses dalam tempoh dua minggu selepas dokumen lengkap diterima.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, kerajaan sedang meneliti cadangan menambah kategori makanan sejuk beku sebagai barangan yang boleh ditebus menggunakan SARA.<\/p>\n<p>Kajian lanjut juga sedang dijalankan bagi kemasukan barangan basah bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan dan perlindungan pengguna terjamin sebelum sebarang keputusan dibuat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak RM150 juta baki peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi bayaran sekali gus tahun 2025 yang tidak dibelanjakan sehingga 31 Disember lalu akan diagihkan semula kepada kumpulan memerlukan. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, program SARA sekali bayar tahun lalu menunjukkan prestasi tinggi apabila 96 peratus atau kira-kira 21 juta penerima menggunakan bantuan tersebut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,947,287,309,1004,3101],"authors":[],"class_list":["post-7328","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-dewan-rakyat","tag-kewangan","tag-parlimen","tag-sara","tag-sumbangan-asas-rahmah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7328","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7328"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7328\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7329,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7328\/revisions\/7329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7328"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7328"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7328"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7328"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}