{"id":7472,"date":"2026-02-09T12:40:32","date_gmt":"2026-02-09T12:40:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7472"},"modified":"2026-02-09T12:40:35","modified_gmt":"2026-02-09T12:40:35","slug":"pindaan-sosma-dijangka-dibentang-tengah-tahun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pindaan-sosma-dijangka-dibentang-tengah-tahun-ini\/","title":{"rendered":"Pindaan SOSMA dijangka dibentang tengah tahun ini"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka membentangkan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat sekitar Jun atau Julai tahun ini, selepas proses kajian dan libat urus selesai.<\/p>\n<p>Langkah itu dibuat bagi menambah baik pelaksanaan undang-undang berkaitan kes keselamatan negara serta memastikan keseimbangan antara keselamatan awam dan hak individu.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas Kabinet berkaitan usaha memulakan pindaan termasuk kajian menyeluruh telah dibentangkan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, antara perubahan utama yang dicadangkan ialah pengkelasan kesalahan mengikut tahap keseriusan.<\/p>\n<p>\u201cJika kesalahan membawa hukuman penjara berat seperti 20 atau 30 tahun, kita cenderung mencadangkan supaya tiada ikat jamin dalam tempoh ditetapkan. Namun bagi kesalahan lebih ringan, keputusan ikat jamin boleh ditentukan oleh mahkamah atau Timbalan Pendakwa Raya,\u201d katanya di Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan ketika ini kira-kira 73 kesalahan di bawah SOSMA dikendalikan secara sama rata, khususnya melibatkan isu ikat jamin dan tempoh menunggu prosiding yang panjang.<\/p>\n<p>Kerajaan juga meneliti kemungkinan menubuhkan mahkamah khas SOSMA bagi mempercepatkan proses perbicaraan.<\/p>\n<p>\u201cKritikan paling kuat terhadap SOSMA ialah tempoh menunggu prosiding yang lama ketika suspek tidak dibenarkan ikat jamin, dan itu dianggap seperti satu hukuman,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>SOSMA diperkenalkan pada 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bertujuan menangani kesalahan keselamatan seperti keganasan dan jenayah terancang.<\/p>\n<p>Undang-undang itu membenarkan penahanan sehingga 28 hari bagi tujuan siasatan sebelum pendakwaan dibuat di mahkamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka membentangkan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat sekitar Jun atau Julai tahun ini, selepas proses kajian dan libat urus selesai. Langkah itu dibuat bagi menambah baik pelaksanaan undang-undang berkaitan kes keselamatan negara serta memastikan keseimbangan antara keselamatan awam dan hak individu. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7473,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[947,22,309,1303,20,2382],"authors":[],"class_list":["post-7472","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dewan-rakyat","tag-kdn","tag-parlimen","tag-pindaan","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-sosma"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7472","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7472"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7472\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7474,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7472\/revisions\/7474"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7472"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7472"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7472"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7472"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}