{"id":7507,"date":"2026-02-10T07:45:23","date_gmt":"2026-02-10T07:45:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7507"},"modified":"2026-02-10T07:45:23","modified_gmt":"2026-02-10T07:45:23","slug":"pas-jarakkan-diri-daripada-masalah-dalaman-bersatu-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-jarakkan-diri-daripada-masalah-dalaman-bersatu-laporan\/","title":{"rendered":"PAS jarakkan diri daripada masalah dalaman Bersatu: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>PAS menegaskan tidak akan mencampuri pergolakan dalaman Bersatu yang kini dilihat melibatkan kem presiden Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Hamzah Zainudin, walaupun kedua-dua parti merupakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan berkata pendirian PAS jelas bahawa setiap parti komponen perlu mengurus isu dalaman masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cPAS tidak akan campur tangan atau beri pandangan mengenai isu dalaman Bersatu. Harapan kita apa sahaja yang berlaku diurus dengan baik demi kepentingan Bersatu dan juga PN,\u201d katanya dipetik laporan Malaysiakini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kestabilan parti dalam PN amat penting kerana gabungan itu dilihat sebagai harapan kepada sebahagian rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKemantapan parti seperti PAS, Bersatu, Gerakan dan MIPP penting untuk memastikan kekuatan PN secara keseluruhan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Pergolakan dalam Bersatu kembali menjadi perhatian selepas Naib Presidennya, Ronald Kiandee, secara terbuka menggesa Muhyiddin melepaskan jawatan presiden.<\/p>\n<p>Ronald mendakwa tindakan lembaga disiplin memanggil Hamzah memberi gambaran parti lebih menumpukan kepada kedudukan kepimpinan berbanding isu yang diperjuangkan.<\/p>\n<p>Takiyuddin turut menegaskan sebarang keputusan berkaitan jawatan pengerusi PN hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi yang dijadualkan selepas 19 Februari.<\/p>\n<p>\u201cApa-apa keputusan mesti dibuat dalam mesyuarat rasmi. Jika PAS diputuskan memimpin PN, parti akan kemukakan calon,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menegaskan tidak akan mencampuri pergolakan dalaman Bersatu yang kini dilihat melibatkan kem presiden Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Hamzah Zainudin, walaupun kedua-dua parti merupakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan berkata pendirian PAS jelas bahawa setiap parti komponen perlu mengurus isu dalaman masing-masing. \u201cPAS tidak akan campur tangan atau beri pandangan mengenai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6321,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,886,1035,2793,1590,126,276,541],"authors":[],"class_list":["post-7507","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-disiplin","tag-hamzah-zainuddin","tag-kemelut","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-pecat","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7507","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7507"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7507\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7508,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7507\/revisions\/7508"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6321"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7507"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7507"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7507"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7507"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}