{"id":7516,"date":"2026-02-10T10:15:46","date_gmt":"2026-02-10T10:15:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7516"},"modified":"2026-02-10T10:15:46","modified_gmt":"2026-02-10T10:15:46","slug":"farhash-nafi-dakwaan-rafizi-ada-kaitan-dalam-urus-niaga-bos-sprm-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/farhash-nafi-dakwaan-rafizi-ada-kaitan-dalam-urus-niaga-bos-sprm-laporan\/","title":{"rendered":"Farhash nafi dakwaan Rafizi ada kaitan dalam urus niaga bos SPRM: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengatakan dirinya mempunyai kaitan dalam urus niaga perniagaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.<\/p>\n<p>Ahli perniagaan itu menegaskan tidak pernah berbincang mengenai urusan perniagaan dengan Azam seperti didakwa oleh bekas timbalan presiden PKR itu.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana saya hendak tahu saham apa yang dia atau sesiapa pun miliki? Tiada kena-mengena dengan saya,\u201d katanya dipetik laporan Malaysiakini.<\/p>\n<p>Menurut laporan Bloomberg, Azam memiliki kira-kira 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partners, bersamaan sekitar 1.7 peratus pegangan. Semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia turut mengesahkan pemilikan tersebut.<\/p>\n<p>Isu ini timbul susulan persoalan Rafizi mengenai kemungkinan Azam memperoleh manfaat melalui pegangan sahamnya dalam Velocity Capita Partners Berhad, syarikat yang pernah digunakan Farhash untuk memperoleh pegangan besar dalam MMAG Holdings Berhad.<\/p>\n<p>Nilai saham itu dianggarkan hampir RM800,000, melebihi had RM100,000 yang dibenarkan untuk penjawat awam dalam satu syarikat.<\/p>\n<p>Azam dilaporkan berkata saham berkenaan telah diisytiharkan mengikut prosedur dan sudah dilupuskan pada tahun sama pembelian dibuat, walaupun rekod masih menunjukkan namanya sebagai pemegang saham.<\/p>\n<p>Tahun lalu, Velocity Capital Partners memperoleh pegangan 6.49 peratus dalam MMAG, sebelum Farhash membeli 20 peratus saham syarikat itu pada harga lebih rendah daripada pasaran.<\/p>\n<p>Beliau kemudian menjual keseluruhan pegangan pada hujung tahun, mencatat kerugian hampir RM97 juta.<\/p>\n<p>Rafizi mempersoalkan sama ada pegangan saham Azam meletakkannya dalam rangkaian urus niaga melibatkan MMAG dan NexG.<\/p>\n<p>\u201cApakah kepentingan beliau dalam urus niaga syarikat yang pernah mencetuskan spekulasi sebelum ini?\u201d katanya sambil menggesa siasatan menyeluruh dijalankan.<\/p>\n<p>Kontroversi saham bukan perkara baharu melibatkan Azam.<\/p>\n<p>Pada 2021, beliau disiasat berhubung pegangan saham dalam beberapa syarikat tersenarai, namun Suruhanjaya Sekuriti kemudian memaklumkan tiada bukti dagangan proksi.<\/p>\n<p>Isu ini kembali mendapat perhatian apabila kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan beberapa kali dan dijangka tamat pada Mei tahun ini.<\/p>\n<p>Setakat ini, tiada bukti mengaitkan kemenangan tender kerajaan oleh NexG dengan pelaburan dalam MMAG.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengatakan dirinya mempunyai kaitan dalam urus niaga perniagaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Ahli perniagaan itu menegaskan tidak pernah berbincang mengenai urusan perniagaan dengan Azam seperti didakwa oleh bekas timbalan presiden PKR itu. \u201cBagaimana saya hendak tahu saham [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4601,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,1553,1288,8,477,21],"authors":[],"class_list":["post-7516","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-farhash-wafa-salvador","tag-isu","tag-rafizi","tag-saham","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7516","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7516"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7516\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7517,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7516\/revisions\/7517"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4601"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7516"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7516"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7516"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7516"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}