{"id":752,"date":"2025-06-12T08:15:13","date_gmt":"2025-06-12T08:15:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=752"},"modified":"2025-06-12T08:15:13","modified_gmt":"2025-06-12T08:15:13","slug":"kandungan-judi-paling-banyak-diturunkan-di-platform-media-sosial-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kandungan-judi-paling-banyak-diturunkan-di-platform-media-sosial-fahmi\/","title":{"rendered":"Kandungan judi paling banyak diturunkan di platform media sosial: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kandungan berkaitan aktiviti perjudian paling banyak diminta diturunkan di platform media sosial Facebook, TikTok dan YouTube, kata Kementerian Komunikasi.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata tiga platform media sosial utama itu bersetuju menurunkan sebanyak 159,518 kandungan berkaitan aktiviti perjudian, penipuan dalam talian, buli siber serta penyebaran berita palsu setakat semalam.<\/p>\n<p>&#8220;Daripada jumlah yang saya nyatakan tadi, kira-kira 160,000 kandungan telah berjaya diturunkan, dengan 51 peratus daripadanya melibatkan aktiviti perjudian dalam talian, 25 peratus berkaitan penipuan dalam talian, 12 peratus membabitkan buli siber dan sembilan peratus lagi penyebaran berita palsu.<\/p>\n<p>&#8220;Daripada jumlah tersebut, 57 peratus melibatkan platform Facebook, 28 peratus di TikTok dan 13 peratus di YouTube. Selebihnya melibatkan platform lain dalam jumlah yang lebih kecil, namun ketiga-tiga platform ini mewakili hampir 95 peratus daripada keseluruhan masalah yang kita kenal pasti dalam media sosial,\u201d katanya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi (KK) di Menara Komunikasi.<\/p>\n<p>Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 174,473 kandungan dalam talian yang dimohon untuk diturunkan sepanjang tahun ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata walaupun tindakan menurunkan kandungan seumpama itu telah dilaksanakan, masih terdapat kebimbangan terhadap kewujudan kandungan eksploitasi kanak-kanak dalam talian, khususnya di Facebook.<\/p>\n<p>&#8220;Maka saya tertanya-tanya, adakah undang-undang dan tahap kerjasama sedia ada sudah mencukupi atau kita perlu pendekatan yang lebih strategik dan efisien untuk menangani isu ini.<\/p>\n<p>&#8220;Kita sedia maklum bahawa pada penghujung tahun lalu, operasi Op Pedo Bersepadu telah dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai pelaksanaan pelesenan platform media sosial oleh kerajaan awal tahun ini, Fahmi berkata langkah tersebut bertujuan memastikan platform berkenaan lebih selamat digunakan, terutamanya oleh golongan kanak-kanak.<\/p>\n<p>Katanya usaha kerajaan tidak terhenti di situ apabila Parlimen turut meluluskan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 pada Disember lepas, yang bakal dikuatkuasakan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>&#8220;Untuk makluman semua, satu akta baharu iaitu OnSA telah diluluskan di Parlimen, diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan kini sedang dalam proses untuk dikuatkuasakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>OnSA memberi kuasa kepada MCMC untuk mengenakan tindakan ke atas platform media sosial yang ingkar terhadap tanggungjawab mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kandungan berkaitan aktiviti perjudian paling banyak diminta diturunkan di platform media sosial Facebook, TikTok dan YouTube, kata Kementerian Komunikasi. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata tiga platform media sosial utama itu bersetuju menurunkan sebanyak 159,518 kandungan berkaitan aktiviti perjudian, penipuan dalam talian, buli siber serta penyebaran berita palsu setakat semalam. &#8220;Daripada jumlah yang saya nyatakan tadi, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,145,184,16,405,34],"authors":[],"class_list":["post-752","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-judi","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/752","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=752"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/752\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":754,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/752\/revisions\/754"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=752"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=752"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=752"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=752"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}