{"id":7543,"date":"2026-02-11T04:15:43","date_gmt":"2026-02-11T04:15:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7543"},"modified":"2026-02-11T04:15:43","modified_gmt":"2026-02-11T04:15:43","slug":"hamzah-di-sydney-dijangka-tak-hadir-lagi-mengadap-lembaga-disiplin-bersatu-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hamzah-di-sydney-dijangka-tak-hadir-lagi-mengadap-lembaga-disiplin-bersatu-esok\/","title":{"rendered":"Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin dijangka tidak dapat menghadiri pendengaran Lembaga Disiplin parti yang dijadualkan berlangsung esok kerana berada di luar negara.<\/p>\n<p>Menurut pembantunya dipetik laporan media memberitahu, Hamzah kini berada di Sydney, Australia bagi membantu anak perempuannya mendaftar masuk ke universiti.<\/p>\n<p>Beliau berkata Hamzah hanya menerima notis rasmi ketika sudah berada di luar negara.<\/p>\n<p>\u201cBeliau menerima notis pada 7 Februari dan segera memaklumkan kepada Lembaga Disiplin bahawa beliau tidak dapat hadir,\u201d kata pembantunya.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, Hamzah lebih awal memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat bahawa beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen dari 5 hingga 13 Februari atas urusan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cPerkara itu sudah dimaklumkan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Hamzah dipanggil ke pendengaran Lembaga Disiplin susulan aduan yang mendakwa beliau cuba mensabotaj mesyuarat agung tahunan parti bagi tahun 2025 selain didakwa melemahkan kepimpinan parti.<\/p>\n<p>Notis bertarikh 6 Februari menyatakan panggilan tersebut adalah kali kedua selepas notis pertama dikeluarkan pada Oktober tahun lalu.<\/p>\n<p>Selain Hamzah, sekurang-kurangnya enam lagi pemimpin Bersatu turut dipanggil untuk hadir ke pendengaran pada Khamis ini.<\/p>\n<p>Perkembangan terbaru ini dijangka terus menjadi tumpuan pemerhati politik memandangkan ia melibatkan kepimpinan tertinggi parti serta potensi kesan terhadap kestabilan dalaman Bersatu menjelang landskap politik negara yang semakin dinamik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin dijangka tidak dapat menghadiri pendengaran Lembaga Disiplin parti yang dijadualkan berlangsung esok kerana berada di luar negara. Menurut pembantunya dipetik laporan media memberitahu, Hamzah kini berada di Sydney, Australia bagi membantu anak perempuannya mendaftar masuk ke universiti. Beliau berkata Hamzah hanya menerima notis rasmi ketika sudah berada di luar negara. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3812,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1593,1035,763,1590,276],"authors":[],"class_list":["post-7543","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hadir","tag-hamzah-zainuddin","tag-lembaga-disiplin","tag-muhyiddin-yassin","tag-pecat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7543","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7543"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7543\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7544,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7543\/revisions\/7544"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7543"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7543"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7543"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7543"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}