{"id":7548,"date":"2026-02-11T06:44:59","date_gmt":"2026-02-11T06:44:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7548"},"modified":"2026-02-11T06:44:59","modified_gmt":"2026-02-11T06:44:59","slug":"sayap-bersekutu-bersatu-pula-desak-hamzah-dipecat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sayap-bersekutu-bersatu-pula-desak-hamzah-dipecat\/","title":{"rendered":"Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat"},"content":{"rendered":"<p>Sayap Bersekutu Parti Bersatu menggesa kepimpinan tertinggi parti mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presidennya, Hamzah Zainuddin, termasuk pemecatan serta-merta kerana didakwa melanggar Perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Tuntutan itu dibuat menerusi memorandum rasmi yang dihantar kepada Presiden parti, Muhyiddin Yassin, serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).<\/p>\n<p>Memorandum tersebut ditandatangani Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, S. Sanjeevan Ramakrishnan bersama barisan kepimpinan pusat dan negeri sayap berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut memorandum itu, tindakan tersebut disifatkan sebagai tanggungjawab perlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan soal politik dalaman semata-mata, tetapi kewajipan untuk mempertahankan Perlembagaan parti dan integriti kepimpinan,\u201d menurut kandungan memorandum berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam memorandum tersebut, Sayap Bersekutu mendakwa Hamzah gagal melaksanakan peranan sebagai Timbalan Presiden untuk membantu dan mempertahankan institusi Presiden serta memastikan disiplin parti sentiasa terpelihara.<\/p>\n<p>Mereka turut mendakwa beliau gagal menyelesaikan konflik dalaman melibatkan sayap itu sehingga menyebabkan ketegangan berpanjangan.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau juga didakwa tidak menghalang gerakan Akuan Berkanun (SD) oleh kumpulan tertentu yang dikatakan menjejaskan kestabilan politik dalaman parti.<\/p>\n<p>Terdapat juga dakwaan penglibatan dalam rundingan dengan pihak luar tanpa mandat rasmi serta cubaan melemahkan kedudukan Presiden dan MPT.<\/p>\n<p>Sayap Bersekutu turut mendakwa tindakan tersebut menjejaskan kepercayaan ahli terhadap struktur kepimpinan parti.<\/p>\n<p>\u201cApabila kepimpinan tertinggi didakwa bertindak bertentangan dengan Perlembagaan parti, tindakan tegas mesti diambil demi kelangsungan parti,\u201d menurut memorandum itu lagi.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, mereka mendesak Lembaga Disiplin menjalankan siasatan penuh dan menjatuhkan hukuman pemecatan, selain menggesa MPT menggunakan kuasa perlembagaan untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan Timbalan Presiden tanpa penangguhan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sayap Bersekutu Parti Bersatu menggesa kepimpinan tertinggi parti mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presidennya, Hamzah Zainuddin, termasuk pemecatan serta-merta kerana didakwa melanggar Perlembagaan parti. Tuntutan itu dibuat menerusi memorandum rasmi yang dihantar kepada Presiden parti, Muhyiddin Yassin, serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Memorandum tersebut ditandatangani Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, S. Sanjeevan Ramakrishnan bersama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3804,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1035,1254,200,1590,276,3186],"authors":[],"class_list":["post-7548","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah-zainuddin","tag-memorandum","tag-mpt","tag-muhyiddin-yassin","tag-pecat","tag-sayap-bersekutu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7548","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7548"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7548\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7549,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7548\/revisions\/7549"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7548"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7548"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7548"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7548"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}