{"id":7558,"date":"2026-02-11T10:43:51","date_gmt":"2026-02-11T10:43:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7558"},"modified":"2026-02-11T10:43:51","modified_gmt":"2026-02-11T10:43:51","slug":"maxis-dilantik-sebagai-penyedia-rangkaian-4g-5g-sepanjang-laluan-ecrl-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/maxis-dilantik-sebagai-penyedia-rangkaian-4g-5g-sepanjang-laluan-ecrl-laporan\/","title":{"rendered":"Maxis dilantik sebagai penyedia rangkaian 4G, 5G sepanjang laluan ECRL: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) melantik Maxis sebagai penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih 4G dan 5G di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sekali gus memperkukuh usaha negara ke arah transformasi digital selari dengan pembangunan sistem pengangkutan moden.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada sambil membolehkan penyedia perkhidmatan menumpukan kepada peningkatan pengalaman pengguna dan kualiti rangkaian kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama ini menandakan satu lagi langkah penting kerajaan dalam usaha membina masa depan digital negara, selari dengan pembangunan infrastruktur fizikal berskala nasional, khususnya melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti ECRL,\u201d katanya ketika berucap pada majlis peluncuran ketibaan Golden Tren EMU dan E-Loco projek itu di Stesen KotaSAS hari ini.<\/p>\n<p>Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bersama beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.<\/p>\n<p>ECRL merupakan projek rel strategik yang menghubungkan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Lembah Klang, melibatkan laluan dari Kelantan ke Selangor.<\/p>\n<p>Projek ini dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi, memudahkan logistik serta membuka peluang pembangunan bandar baharu berorientasikan transit di sepanjang koridor laluan.<\/p>\n<p>Fahmi berkata Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan pendekatan kolaboratif melibatkan lima pengendali rangkaian utama negara berasaskan prinsip perkongsian infrastruktur.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif ini selari dengan dasar kerajaan \u2018Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet\u2019 bagi memastikan liputan internet tersedia di sepanjang laluan pengangkutan utama termasuk jajaran ECRL,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali akan diperkenalkan dan dikongsi bersama penyedia perkhidmatan lain termasuk CelcomDigi, Telekom Malaysia dan YTL.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan bersepadu itu akan memberi manfaat kepada penumpang ECRL serta meningkatkan liputan rangkaian di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar di sepanjang laluan projek.<\/p>\n<p>\u201cApabila siap kelak, semua pengendali termasuk Maxis, CelcomDigi, U Mobile, YTL dan Telekom Malaysia akan dapat menyediakan perkhidmatan 4G dan 5G kepada penumpang ECRL dengan kualiti liputan mematuhi piawaian MSQoS,\u201d katanya. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) melantik Maxis sebagai penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih 4G dan 5G di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sekali gus memperkukuh usaha negara ke arah transformasi digital selari dengan pembangunan sistem pengangkutan moden. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada sambil membolehkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7559,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2194,2392,3189,49,184,464,16,2589,1828],"authors":[],"class_list":["post-7558","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-4g","tag-5g","tag-ecrl","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-maxis","tag-mcmc","tag-mot","tag-pengangkutan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7558","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7558"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7558\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7560,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7558\/revisions\/7560"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7559"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7558"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7558"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7558"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7558"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}