{"id":7563,"date":"2026-02-12T04:39:04","date_gmt":"2026-02-12T04:39:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7563"},"modified":"2026-02-12T04:47:43","modified_gmt":"2026-02-12T04:47:43","slug":"selangor-tutup-ladang-babi-bekalan-daging-import-sepenuhnya-amirudin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/selangor-tutup-ladang-babi-bekalan-daging-import-sepenuhnya-amirudin\/","title":{"rendered":"Selangor tutup ladang babi, bekalan daging import sepenuhnya: Amirudin"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Selangor memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan lesen baharu penternakan babi serta mempercepatkan penutupan semua ladang sedia ada di negeri itu, sekali gus menjadikan bekalan daging babi bergantung sepenuhnya kepada import.<\/p>\n<p>Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) susulan titah Sultan Selangor yang tidak memperkenankan aktiviti penternakan babi di mana-mana daerah di negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sejak Januari lalu, kerajaan negeri sudah menghentikan pengeluaran lesen baharu dan memberi tumpuan kepada pengosongan kawasan ladang sedia ada terutama di Tanjong Sepat, Kuala Langat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan negeri tidak akan meneruskan pemberian lesen penternakan babi kepada mana-mana pihak di Selangor sebagai menjunjung titah Sultan Selangor,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Difahamkan, sebelum ini pembaharuan lesen ladang dibuat setiap enam bulan berdasarkan syarat yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dengan pembaharuan terakhir dilakukan pada Januari lalu.<\/p>\n<p>Amirudin menjelaskan, penutupan ladang sedia ada akan dilakukan secara berperingkat tetapi pada kadar lebih pantas dengan kerjasama JPV Selangor.<\/p>\n<p>Beliau berkata ketika ini kira-kira 70 peratus keperluan daging babi masyarakat bukan Islam di Selangor diperoleh melalui import dari negeri lain.<\/p>\n<p>Namun selepas keputusan MMKN, keseluruhan bekalan akan diimport sepenuhnya oleh industri berkaitan. Sebarang kelulusan lesen import pula akan dirujuk kepada Kerajaan Persekutuan selaras dengan bidang kuasa sedia ada.<\/p>\n<p>Keputusan ini dibuat bagi menjaga sensitiviti masyarakat serta kebimbangan terhadap kesan penternakan babi kepada alam sekitar seperti pencemaran air dan bau.<\/p>\n<p>\u201cDengan keputusan ini, polemik berkaitan isu babi perlu dihentikan supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor terus terpelihara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu penternakan babi di Selangor sebelum ini sering menjadi perbincangan awam kerana faktor alam sekitar dan sensitiviti masyarakat setempat.<\/p>\n<p>Kerajaan negeri sebelum ini turut melaksanakan pemodenan ladang melalui sistem penternakan moden, namun tekanan sosial dan kebimbangan pencemaran terus menjadi isu berpanjangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Selangor memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan lesen baharu penternakan babi serta mempercepatkan penutupan semua ladang sedia ada di negeri itu, sekali gus menjadikan bekalan daging babi bergantung sepenuhnya kepada import. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) susulan titah Sultan Selangor yang tidak memperkenankan aktiviti penternakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5162,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[306,2885,96,1748,1749],"authors":[],"class_list":["post-7563","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amirudin-shari","tag-babi","tag-selangor","tag-sultan-selangor","tag-sultan-sharafuddin-idris-shah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7563","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7563"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7563\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7569,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7563\/revisions\/7569"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7563"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7563"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7563"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7563"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}