{"id":7565,"date":"2026-02-12T04:41:22","date_gmt":"2026-02-12T04:41:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7565"},"modified":"2026-02-12T04:41:22","modified_gmt":"2026-02-12T04:41:22","slug":"jangan-ambil-tindakan-sendiri-luar-undang-undang-kata-pm-dalam-isu-rumah-ibadat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-ambil-tindakan-sendiri-luar-undang-undang-kata-pm-dalam-isu-rumah-ibadat\/","title":{"rendered":"Jangan ambil tindakan sendiri luar undang-undang, kata PM dalam isu rumah ibadat"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan tiada mana-mana pihak boleh bertindak sendiri di luar kerangka undang-undang, khususnya dalam isu melibatkan rumah ibadat dan sensitiviti agama.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata Malaysia kekal sebagai negara berasaskan kedaulatan undang-undang dan semua pihak mesti menghormati prinsip itu demi mengekalkan kestabilan negara.<\/p>\n<p>\u201cNegara ini mesti patuh kepada undang-undang dan berlandaskan kedaulatan undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun wujud pelbagai isu, kontroversi dan perbezaan pandangan, keutamaan kita adalah memastikan kestabilan terpelihara, kesucian agama dihormati dan perpaduan rakyat terus diperkukuh,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina ACCCIM 2026.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskansemua pihak wajib mematuhi undang-undang serta peraturan berkaitan pembinaan rumah ibadat bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama terus terpelihara.<\/p>\n<p>Mengulas isu rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan serta cadangan pembinaan ladang babi yang menjadi perbincangan hangat di Selangor kebelakangan ini, beliau berkata perkara tersebut perlu ditangani secara berhemah dan penuh rasa hormat.<\/p>\n<p>\u201cKita tahu apa yang dibenarkan dan apa yang tidak. Isu ini mesti ditangani dengan baik dan saling menghormati.<\/p>\n<p>\u201cJangan menghina Islam sebagai Agama Persekutuan dan majoriti umat Islam, tetapi pada masa sama tidak wajar menghina amalan masyarakat lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini menegaskan sebarang isu berkaitan agama, pembangunan rumah ibadat dan aktiviti penternakan mesti mematuhi undang-undang tempatan serta garis panduan pihak berkuasa bagi mengelakkan ketegangan antara komuniti.<\/p>\n<p>Anwar berkata pendekatan dialog, hormat-menghormati dan pematuhan undang-undang kekal sebagai kunci memastikan keamanan serta kestabilan Malaysia terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan tiada mana-mana pihak boleh bertindak sendiri di luar kerangka undang-undang, khususnya dalam isu melibatkan rumah ibadat dan sensitiviti agama. Perdana Menteri berkata Malaysia kekal sebagai negara berasaskan kedaulatan undang-undang dan semua pihak mesti menghormati prinsip itu demi mengekalkan kestabilan negara. \u201cNegara ini mesti patuh kepada undang-undang dan berlandaskan kedaulatan undang-undang. \u201cWalaupun wujud [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3190,13,285,18,3127,402],"authors":[],"class_list":["post-7565","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-acccim","tag-anwar","tag-madani","tag-pmx","tag-rumah-ibadat","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7565","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7565"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7565\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7566,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7565\/revisions\/7566"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7565"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7565"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7565"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7565"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}