{"id":7567,"date":"2026-02-12T04:45:23","date_gmt":"2026-02-12T04:45:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7567"},"modified":"2026-02-12T04:45:23","modified_gmt":"2026-02-12T04:45:23","slug":"prosiding-disiplin-terhadap-hamzah-diteruskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prosiding-disiplin-terhadap-hamzah-diteruskan\/","title":{"rendered":"Prosiding disiplin terhadap Hamzah diteruskan"},"content":{"rendered":"<p>Prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Hamzah Zainudin tetap berlangsung hari ini mengikut jadual walaupun Timbalan Presiden parti itu berada di luar negara.<\/p>\n<p>Menurut sumber parti, prosiding berkenaan penting bagi menangani isu dalaman serta usaha memperkukuh semula kedudukan parti.<\/p>\n<p>Ketegangan dalam Bersatu semakin memuncak sepanjang minggu lalu selepas timbul spekulasi bahawa Ahli Parlimen Larut itu berdepan kemungkinan dipecat.<\/p>\n<p>\u201cJika konflik dalaman ini tidak ditangani dengan cepat, dibimbangi parti akan lebih berpecah\u2026 Hamzah sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk datang ke prosiding bagi menjawab semua isu-isu yang terpalit dengan dirinya,\u201d kata sumber parti.<\/p>\n<p>Situasi itu turut mencetuskan gesaan terbuka daripada Naib Presiden parti, Ronald Kiandee, supaya Presiden parti, Muhyiddin Yassin, melepaskan jawatan.<\/p>\n<p>Spekulasi mengatakan kemungkinan berlaku perubahan kepimpinan sekiranya tindakan disiplin dikenakan.<\/p>\n<p>Semalam, setiausaha sulit Hamzah, Ahmad Ikhwan Fadhli, mengesahkan Ketua Pembangkang itu tidak dapat menghadiri prosiding kerana berada di Australia bagi membantu urusan pendaftaran universiti anaknya.<\/p>\n<p>Hamzah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penglibatan dalam gangguan ketika perhimpunan agung tahunan parti selain serangan lisan terhadap presiden parti.<\/p>\n<p>Notis saman kedua yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Mohd Radzi Manan pada 6 Februari lalu memaklumkan empat aduan rasmi dikemukakan terhadap beliau, masing-masing bertarikh 30 September tahun lalu dan 5 Februari.<\/p>\n<p>Pergolakan dalaman parti ketika ini dilihat penganalisis politik sebagai ujian besar kepada kestabilan blok pembangkang, terutama dalam persaingan politik nasional yang turut melibatkan parti tradisi seperti UMNO.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Hamzah Zainudin tetap berlangsung hari ini mengikut jadual walaupun Timbalan Presiden parti itu berada di luar negara. Menurut sumber parti, prosiding berkenaan penting bagi menangani isu dalaman serta usaha memperkukuh semula kedudukan parti. Ketegangan dalam Bersatu semakin memuncak sepanjang minggu lalu selepas timbul spekulasi bahawa Ahli Parlimen Larut itu berdepan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3812,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1035,763,276,885],"authors":[],"class_list":["post-7567","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah-zainuddin","tag-lembaga-disiplin","tag-pecat","tag-tindakan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7567","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7567"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7567\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7568,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7567\/revisions\/7568"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7567"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7567"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7567"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7567"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}