{"id":7576,"date":"2026-02-12T05:11:13","date_gmt":"2026-02-12T05:11:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7576"},"modified":"2026-02-12T05:11:13","modified_gmt":"2026-02-12T05:11:13","slug":"mof-teliti-cadangan-mykad-diguna-beli-minyak-masak-subsidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mof-teliti-cadangan-mykad-diguna-beli-minyak-masak-subsidi\/","title":{"rendered":"MOF teliti cadangan MyKad diguna beli minyak masak subsidi"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti cadangan memperluas penggunaan MyKad dalam pembelian minyak masak bersubsidi melalui integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sebagai usaha memperkukuh pengesahan identiti dan memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), termasuk melihat penggunaan MyKad dalam Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).<\/p>\n<p>Menurut beliau, langkah ini penting bagi mengekang ketirisan selain memudahkan penyaluran subsidi secara lebih adil dan tepat sasaran.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan ini memanfaatkan infrastruktur sedia ada tanpa menambah beban kepada rakyat, selain memastikan hanya warganegara yang layak menikmati subsidi,\u201d katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Beliau menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan memperluas mekanisme penyelarasan subsidi BUDI MADANI (BUDI 95) kepada barangan lain termasuk minyak masak dan gula.<\/p>\n<p>Katanya, penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan telah terbukti berkesan menerusi pelaksanaan BUDI 95.<\/p>\n<p>\u201cBUDI 95 memproses secara purata 3.1 juta transaksi sehari tanpa gangguan. Ini menunjukkan sistem MyKad mudah diakses, stabil dan diterima baik rakyat,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, keberkesanan itu turut disokong pelaksanaan SARA 2025 yang mencatat kadar penggunaan sehingga 99 peratus melalui MyKad.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini memperkenalkan pelbagai pendekatan penyasaran subsidi bagi memastikan bantuan lebih fokus kepada golongan berpendapatan rendah, susulan peningkatan kos sara hidup dan tekanan ekonomi global.<\/p>\n<p>Pendigitalan sistem subsidi dilihat sebagai langkah strategik bagi mengurangkan penyelewengan serta meningkatkan kecekapan agihan bantuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti cadangan memperluas penggunaan MyKad dalam pembelian minyak masak bersubsidi melalui integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sebagai usaha memperkukuh pengesahan identiti dan memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7577,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,287,3033,482,1376,309,296],"authors":[],"class_list":["post-7576","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-kewangan","tag-minyak-masak","tag-mof","tag-mykad","tag-parlimen","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7576"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7578,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7576\/revisions\/7578"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7577"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7576"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}