{"id":758,"date":"2025-06-12T17:16:11","date_gmt":"2025-06-12T17:16:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=758"},"modified":"2025-06-12T17:17:13","modified_gmt":"2025-06-12T17:17:13","slug":"kalau-boleh-mereka-sertai-semula-pmx-ulas-peletakan-jawatan-dua-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kalau-boleh-mereka-sertai-semula-pmx-ulas-peletakan-jawatan-dua-menteri\/","title":{"rendered":"Kalau boleh mereka sertai semula, PMX ulas peletakan jawatan dua menteri"},"content":{"rendered":"<p>Dua menteri yang meletak jawatan sebelum ini diharap dapat membuat pertimbangan semula dan kembali menyertai barisan Kabinet, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata walaupun sudah menerima surat peletakan jawatan dan meluluskan permohonan cuti Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, jauh di sudut hatinya berharap mereka berdua dapat menyertai semula berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>&#8221; \u2026 biar mereka berfikir \u2026. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,&#8221; katanya dipetik lapor Bernama hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata demikian selepas menghadiri seminar pemerkasaan organisasi dan satu mesyuarat tertutup bersama kepimpinan PKR hari ini.<\/p>\n<p>Beliau juga memberikan mereka masa untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.<\/p>\n<p>Turut hadir dalam sesi tersebut ialah dua Naib Presiden PKR \u2013 Amirudin Shari dan R Ramanan, Setiausaha Agung Fuziah Salleh, Ketua Wanita Fadhlina Sidek, Ketua Angkatan Muda Kamil Abdul Munim, serta Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Akin.<\/p>\n<p>Untuk rekod, pada 28 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai menteri selepas tewas dalam pemilihan parti PKR.<\/p>\n<p>Semasa seminar itu, Anwar turut menggesa para ahli PKR agar merapatkan barisan dan menyembuhkan perpecahan dalaman susulan pemilihan parti yang berlangsung bulan lalu.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan keperluan untuk bersatu dan menunjukkan kematangan demi misi besar parti.<\/p>\n<p>\u201cBayangkan saya boleh bekerjasama dengan UMNO, siap peluk-peluk.<\/p>\n<p>&#8220;(Ahli parti) kena move on untuk agenda lebih besar. Kalau saya boleh bekerjasama dengan UMNO, takkanlah saya tak boleh bekerjasama dengan kawan-kawan yang berbeza pendapat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua menteri yang meletak jawatan sebelum ini diharap dapat membuat pertimbangan semula dan kembali menyertai barisan Kabinet, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata walaupun sudah menerima surat peletakan jawatan dan meluluskan permohonan cuti Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, jauh di sudut hatinya berharap mereka berdua dapat menyertai semula berada dalam kerajaan. &#8221; \u2026 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":329,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,235,114,205,208,9,8],"authors":[],"class_list":["post-758","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-kabinet","tag-letak-jawatan","tag-menteri","tag-nik-nazmi","tag-pkr","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/758","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=758"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/758\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":759,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/758\/revisions\/759"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/329"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=758"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}