{"id":7590,"date":"2026-02-12T11:13:18","date_gmt":"2026-02-12T11:13:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7590"},"modified":"2026-02-12T11:13:18","modified_gmt":"2026-02-12T11:13:18","slug":"penebusan-sara-jalan-lancar-lebih-banyak-kedai-dan-produk-disedia-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penebusan-sara-jalan-lancar-lebih-banyak-kedai-dan-produk-disedia-fahmi\/","title":{"rendered":"Penebusan SARA jalan lancar, lebih banyak kedai dan produk disedia: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua dilaporkan berjalan lancar sejak ia mula dikreditkan minggu ini, tanpa sebarang gangguan sistem atau masalah operasi setakat ini.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata persediaan rapi oleh pihak pelaksana, MyKasih, membantu memastikan proses penebusan berjalan teratur di seluruh negara dan kemudahan itu boleh digunakan sehingga hujung tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cSARA Untuk Semua boleh digunakan hingga 31 Dis tahun ini dan ia bermula tanpa apa-apa masalah. Kali ini jumlah produk juga lebih banyak berbanding sebelum ini termasuk barangan sejuk beku, selain penambahan kedai kepada 10,000 premis termasuk kedai runcit,\u201d katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa supaya sebarang maklum balas berkaitan pelaksanaan program disalurkan segera bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan dengan pantas melalui Kementerian Kewangan.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap maklumat dari akar umbi dapat disampaikan segera. Jika ada sebarang isu, kita akan pastikan pihak berkaitan menerima maklumat dengan cepat untuk tindakan lanjut,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Program SARA Untuk Semua mula disalurkan pada 9 Februari lalu melibatkan peruntukan RM2.2 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 22 juta pemegang MyKad di seluruh negara.<\/p>\n<p>Setiap penerima menerima RM100 secara sekali bayar yang boleh digunakan sehingga 31 Dis 2026.<\/p>\n<p>SARA merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi membantu kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.<\/p>\n<p>Program ini sebelum ini tertumpu kepada kumpulan sasar tertentu sebelum diperluaskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.<\/p>\n<p>Bagi tahun ini, kerajaan turut menambah baik kemudahan pembelian dengan meluaskan kategori barangan kepada 15 kategori termasuk makanan sejuk beku.<\/p>\n<p>Selain itu, sasaran untuk menambah jumlah rakan niaga SARA kepada 10,000 kedai runcit kecil menjelang hujung tahun dijangka dapat meningkatkan akses kemudahan kepada pengguna di kawasan bandar dan luar bandar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua dilaporkan berjalan lancar sejak ia mula dikreditkan minggu ini, tanpa sebarang gangguan sistem atau masalah operasi setakat ini. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata persediaan rapi oleh pihak pelaksana, MyKasih, membantu memastikan proses penebusan berjalan teratur di seluruh negara dan kemudahan itu boleh digunakan sehingga hujung tahun ini. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1759,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[944,49,184,285,482,1004,1003],"authors":[],"class_list":["post-7590","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bantuan","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-madani","tag-mof","tag-sara","tag-tunai"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7590","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7590"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7590\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7591,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7590\/revisions\/7591"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1759"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7590"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7590"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7590"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7590"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}