{"id":7596,"date":"2026-02-12T11:21:07","date_gmt":"2026-02-12T11:21:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7596"},"modified":"2026-02-12T11:21:07","modified_gmt":"2026-02-12T11:21:07","slug":"17-ketua-bahagian-johor-pula-desak-hamzah-dipecat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/17-ketua-bahagian-johor-pula-desak-hamzah-dipecat\/","title":{"rendered":"17 Ketua Bahagian Johor pula desak Hamzah dipecat"},"content":{"rendered":"<p>Seramai 17 pemimpin Bersatu di Johor mendesak Timbalan Presiden parti, Hamzah Zainuddin, dipecat daripada jawatan dan keanggotaan parti susulan dakwaan salah laku kepimpinan dan pelanggaran perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Desakan itu dibuat menerusi satu memorandum bersama yang menyatakan tindakan tersebut bukan bermotifkan sentimen politik, sebaliknya berasaskan soal disiplin, integriti serta kelayakan moral untuk terus memimpin parti.<\/p>\n<p>Menurut mereka, keyakinan terhadap Hamzah sudah hilang sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cKepercayaan terhadap Hamzah sudah runtuh sepenuhnya, khususnya berkaitan kegagalannya menyelesaikan kemelut dalaman BERSATU di Johor serta memulihkan perpaduan di Perak,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Memorandum tersebut turut menyenaraikan beberapa dakwaan termasuk kegagalan ketika mengendalikan Pilihan Raya Negeri Sabah, kegagalan mengawal penyokong yang didakwa melanggar perlembagaan parti, serta penglibatan dalam insiden kekecohan semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025.<\/p>\n<p>Selain itu, Hamzah juga didakwa menjalankan rundingan dengan pihak luar tanpa mandat kepimpinan tertinggi parti serta terlibat dalam usaha menjatuhkan Presiden melalui pengumpulan Akuan Berkanun.<\/p>\n<p>Pemimpin Johor itu turut menggesa Lembaga Disiplin menjalankan prosiding segera, manakala Majlis Pimpinan Tertinggi diminta menggunakan kuasa perlembagaan untuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.<\/p>\n<p>\u201cPada tahap ini, pemecatan bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan mutlak demi mempertahankan masa depan parti,\u201d kata mereka.<\/p>\n<p>Perkembangan terbaharu ini dijangka memberi kesan kepada kestabilan dalaman parti menjelang sebarang pilihan raya akan datang serta hubungan antara kepimpinan pusat dan negeri.<\/p>\n<p>Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Hamzah berhubung desakan tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 17 pemimpin Bersatu di Johor mendesak Timbalan Presiden parti, Hamzah Zainuddin, dipecat daripada jawatan dan keanggotaan parti susulan dakwaan salah laku kepimpinan dan pelanggaran perlembagaan parti. Desakan itu dibuat menerusi satu memorandum bersama yang menyatakan tindakan tersebut bukan bermotifkan sentimen politik, sebaliknya berasaskan soal disiplin, integriti serta kelayakan moral untuk terus memimpin parti. Menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3812,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,886,1035,630,1254,276],"authors":[],"class_list":["post-7596","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-disiplin","tag-hamzah-zainuddin","tag-johor","tag-memorandum","tag-pecat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7597,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7596\/revisions\/7597"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7596"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}