{"id":7631,"date":"2026-02-13T08:20:19","date_gmt":"2026-02-13T08:20:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7631"},"modified":"2026-02-13T08:20:19","modified_gmt":"2026-02-13T08:20:19","slug":"defisit-fiskal-turun-dua-tahun-berturut-turut-ekonomi-negara-kekal-kukuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/defisit-fiskal-turun-dua-tahun-berturut-turut-ekonomi-negara-kekal-kukuh\/","title":{"rendered":"Defisit fiskal turun dua tahun berturut-turut, ekonomi negara kekal kukuh"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Madani mencatat pencapaian defisit fiskal 3.7% bagi tahun 2025, menurun berbanding 4.1% pada 2024, sekali gus melebihi sasaran awal 3.8% dan menunjukkan konsistensi dua tahun berturut-turut.<\/p>\n<p>Pertumbuhan ekonomi Malaysia turut mencatat angka memberangsangkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.3% pada suku keempat 2025, tertinggi dalam tempoh tiga tahun, sekaligus mendorong pertumbuhan tahunan kepada 5.2%, melampaui unjuran kerajaan antara 4% hingga 4.8%.<\/p>\n<p>&#8220;Indikator makroekonomi yang kukuh ini memberi manfaat langsung kepada rakyat, termasuk kadar pengangguran terendah 2.9% dalam lebih sedekad dan inflasi rendah pada 1.4%,\u201d kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Anwar berkata penjimatan daripada reformasi fiskal dapat disalurkan semula kepada program bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain projek infrastruktur yang meningkatkan kualiti hidup rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan madani, pelaksanaan pembaharuan berterusan telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. Ini tercermin dalam pengukuhan ringgit, peningkatan pelaburan langsung dan paras tertinggi FTSE Bursa Malaysia KLCI dalam tujuh tahun,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, Anwar menegaskan kerajaan tidak boleh leka, memandangkan cabaran global dan ketegangan perdagangan masih menjejaskan ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cAdalah penting untuk terus mengekalkan landasan pembaharuan Ekonomi Madani, menjadikan 2026 tahun memperkukuh aktiviti ekonomi bernilai tambah, membasmi rasuah, meningkatkan kemaslahatan rakyat dan mempermudah urusan perniagaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga optimis ekonomi kekal stabil pada 2026 disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, perbelanjaan isi rumah yang tinggi, serta momentum pelaburan berterusan.<\/p>\n<p>Aktiviti pelancongan yang rancak sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam dijangka mengukuhkan lagi perbelanjaan pengguna.<\/p>\n<p>\u201cBelanjawan 2026 akan meletakkan asas kepada Rancangan Malaysia Ke-13 2026\u20132030 serta dasar-dasar utama untuk menggalakkan pengembangan ekonomi inklusif dan mampan. Pada masa sama, kerajaan madani akan terus mengekalkan disiplin fiskal demi kemampanan jangka panjang,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Madani mencatat pencapaian defisit fiskal 3.7% bagi tahun 2025, menurun berbanding 4.1% pada 2024, sekali gus melebihi sasaran awal 3.8% dan menunjukkan konsistensi dua tahun berturut-turut. Pertumbuhan ekonomi Malaysia turut mencatat angka memberangsangkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.3% pada suku keempat 2025, tertinggi dalam tempoh tiga tahun, sekaligus mendorong pertumbuhan tahunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7632,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,3206,68,155,897,285,18],"authors":[],"class_list":["post-7631","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-defisit-fiskal","tag-ekonomi","tag-hutang","tag-kdnk","tag-madani","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7631","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7631"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7631\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7633,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7631\/revisions\/7633"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7632"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7631"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7631"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7631"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7631"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}