{"id":7713,"date":"2026-02-16T04:53:57","date_gmt":"2026-02-16T04:53:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7713"},"modified":"2026-02-16T04:54:33","modified_gmt":"2026-02-16T04:54:33","slug":"hari-bersama-komuniti-jadi-platform-mcmc-beri-kesedaran-penggunaan-internet-selamat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hari-bersama-komuniti-jadi-platform-mcmc-beri-kesedaran-penggunaan-internet-selamat\/","title":{"rendered":"Hari Bersama Komuniti jadi platform MCMC beri kesedaran penggunaan internet selamat"},"content":{"rendered":"<p>Usaha memperkukuh kesedaran digital dalam kalangan rakyat terus dipergiat apabila diperluaskan dalam program bersama komuniti bersama masyarakat di Johor.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menganjurkan Hari Bersama Komuniti (HBK) di Taman Desa Belantik, Johor Bahru memberi tumpuan khusus kepada Kempen Internet Selamat sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan melindungi pengguna digital, khususnya kanak-kanak dan remaja.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hadir bagi merasmikan program tersebut dan menggesa orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah untuk memastikan penggunaan internet selamat di kalangan anak-anak.<\/p>\n<p>Sepanjang 2025, sebanyak 9,666 program kempen seumpama itu dilaksanakan di seluruh negara.<\/p>\n<p>HBK turut menampilkan pelbagai Perkhidmatan Pintar NADI seperti e-Sukan, Tuisyen DiLea, latihan baik pulih gajet, saringan kesihatan serta jualan produk usahawan tempatan.<\/p>\n<p>Program ini juga disokong agensi kerajaan dan syarikat utiliti termasuk kaunter bantuan kebajikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Kempen Elektrik Selamat oleh Tenaga Nasional Berhad.<\/p>\n<p>Sehingga Disember 2025, Perkhidmatan Pintar NADI mencatat kira-kira 1.4 juta penyertaan di seluruh negara.<\/p>\n<p>Statistik itu menunjukkan permintaan tinggi terhadap pembangunan kemahiran digital dan peluang ekonomi baharu dalam komuniti setempat.<\/p>\n<p>Sebagai latar belakang, NADI diwujudkan bagi memperluas akses Internet dan meningkatkan literasi digital rakyat, selari aspirasi negara untuk membina ekonomi digital yang inklusif.<\/p>\n<p>Inisiatif ini juga menjadi platform penyampaian maklumat kerajaan terus kepada masyarakat akar umbi.<\/p>\n<p>Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia, Abdul Halim Hamzah serta Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya.<\/p>\n<p>Penganjuran HBK mencerminkan peranan pusat komuniti digital sebagai pemangkin pembangunan kemahiran, keusahawanan dan kesedaran teknologi dalam era digital yang semakin pantas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Usaha memperkukuh kesedaran digital dalam kalangan rakyat terus dipergiat apabila diperluaskan dalam program bersama komuniti bersama masyarakat di Johor. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menganjurkan Hari Bersama Komuniti (HBK) di Taman Desa Belantik, Johor Bahru memberi tumpuan khusus kepada Kempen Internet Selamat sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan melindungi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,3232,3233,630,16,15],"authors":[],"class_list":["post-7713","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-hari-bersama-komuniti","tag-internet-selamat","tag-johor","tag-mcmc","tag-nadi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7713","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7713"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7713\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7715,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7713\/revisions\/7715"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7713"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7713"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7713"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7713"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}